Tao Li Bawa Harapan Pingat

OlehSaparin Rasikin

MUNGKINKAH penantian selama 48 tahun untuk membawa pulang pingat Olimpik akan berakhir pagi ini?

Inilah yang menjadi harapan kontinjen Singapura di Sukan Olimpik Beijing apabila ratu renang, Tao Li, melayakkan diri ke final acara 100 meter kuak kupu-kupu.

Kali terakhir Singapura memenangi pingat Olimpik di Rome pada 1960 menerusi jaguh angkat berat, Tan Howe Liang.

Kini seluruh rakyat Singapura turut berkongsi harapan sejarah manis itu akan berulang bagi memeriahkan lagi suasana merayakan Hari Kebangsaan Ke-43 Sabtu lalu.

Tao Li, 18 tahun, melayakkan diri dengan masa keempat terpantas selepas menduduki tempat ketiga pada perlumbaan separuh akhir pertama dengan mencatatkan masa 57.54 saat.

Masa ini 0.23 saat lebih pantas dari masa yang dicatatkan semasa memenangi perlumbaan saringan kelmarin dan sekali gus mencatatkan rekod baru Asia yang pernah disandangnya.

Mengulas tentang perlumbaannya, Tao Li memberitahu The Straits Times di Beijing:

‘Pada 50 meter pertama, saya tidak begitu pantas tetapi saya memaksa diri meningkatkan kepantasan pada 50 meter terakhir.

‘Saya begitu selesa berada di kolam dan amat gembira dapat membaiki masa yang dicatatkan berbanding semalam (Sabtu).’ Pelajar Sekolah Sukan Singapura itu akan berusaha menunjukkan prestasi lebih baik dalam final nanti.

Masa terpantas acara ini dicatatkan oleh perenang Australia, Lisbeth Trickett, yang memenangi separuh akhir pertama dengan masa 57.05 saat, diikuti oleh Christine Magnuson dari Amerika Syarikat 57.08 saat.

Jessicah Schipper dari Australia ketiga terpantas dengan masa 57.43 saat.

Di arena badminton, pasangan Li Yujia dan Jiang Yanmei melangkah ke pusingan seterusnya selepas mengalahkan gandingan Eva Lee dan Mesinee Mangkalakiri 21-12 21-12 dalam acara beregu wanita.

Di lapang sasar, penembak Lee Wung Yew tersingkir selepas gagal melayakkan diri ke pusingan kedua dalam acara trap.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: