Wira Badminton Lepasi Halangan


CHOONG HAN lkar kejutan dengan menewaskan Taufik semalam.

BEIJING – Pemain badminton No. 1 Malaysia, Lee Chong Wei dan pemain veteran, Wong Choong Hann melepasi halangan untuk melangkah ke pusingan ketiga acara perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik XXIX semalam.

Turut berada dalam pemburuan ialah pemain perseorangan wanita, Wong Mew Choo yang bakal berhadapan pemain pilihan kedua dari China, Lu Lan pada pusingan suku akhir.

Chong Wei mempamerkan kelas tersendiri apabila menewaskan Ronald Susilo dari Singapura 21-13, 21-14 sementara Choong Hann menyekat kemaraan juara bertahan Taufik Hidayat dari Indonesia 21-19, 21-16 semalam.

“Saya baru pulih daripada jangkitan demam denggi, tetapi itu bukan alasan saya tewas kepada Choong Hann.

“Choong Hann mempamerkan aksi terbaik hari ini (semalam) dan saya pula gagal menemui rentak permainan sebenar dan inilah punca kekalahan saya,” kata Taufik.

“Saya juga belum memikirkan untuk bersara buat ketika ini tetapi ini mungkin penampilan terakhir saya pada Sukan Olimpik.

“Ramai lagi pemain baru di Indonesia yang bakal meneruskan kecemerlangan kami di pentas antarabangsa, cuma masa sahaja yang akan menentukannya,” katanya.

Bagi Choong Hann pula, kejayaan ke atas Taufik dilihat sebagai pembakar semangatnya untuk terus melakukan kejutan pada temasya di Beijing ini.

Ini juga merupakan Sukan Olimpik terakhir buat Choong Hann.

Pada temasya di Sydney 2000 dan Athens 2004, pemain veteran Malaysia itu mara ke pusingan suku akhir dan ketika itu dia disingkirkan oleh Taufik.

Kali ini, dendamnya seakan berbayar selepas mengetepikan pemain yang menyingkirkannya pada dua temasya Olimpik sebelum ini.

“Saingan pada Sukan Olimpik memang menyajikan banyak kejutan. Setiap kali saya menghadapi Taufik, perlawanan akan menjadi sangat sengit dan kali ini saya berjaya mengatasinya,” kata Choong Hann.


MEW CHOO masih meneruskan misi pemburuan pingat dalam acara perseorangan wanita.

Begitupun, dia tidak mahu kejayaan itu menghadirkan tekanan kepadanya kerana dia hanya mahu memberi tumpuan kepada setiap perlawanan yang bakal diharunginya.

“Saya tidak mahu memikirkan kemenangan ini. Ia sudah berlalu. Apa yang penting, saya perlu memberi fokus kepada aksi seterusnya.”

Lawan Choong Hann seterusnya ialah sama ada Nguyen Tien Minh dari Vietnam atau Hsieh Yu Hsing dari Taiwan.

Turut mara semalam ialah pilihan utama, Lin Dan dari China yang menewaskan Ng Wei (Hong Kong) 21-16, 21-13 dan akan menghadapi Park Sunghwan dari Korea Selatan pada pusingan ketiga.

“Saya tahu ramai peminat tempatan mahukan saya menang pingat emas. Saya akan cuba lagipun saya bukan juara bertahan,” Lin Dan. – Bernama

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: