China Tangkis Jepun, Tepis Amerika

18,000 penonton saksi China rebut pingat emas

BEIJING: Pasukan China menangkis reputasi johan bertahan, Jepun, dan menepis cabaran Amerika Syarikat sebelum menggondol pingat emas dalam acara gimnastik berpasukan lelaki di sini semalam.

Bayangkan reaksi para penonton setempat dengan kemenangan itu setelah pasukan negara itu sekadar menduduki tempat kelima dalam Sukan Olimpik Athens empat tahun lalu.

Tetapi kali ini, pasukan China, yang terdiri daripada tiga juara dunia, kembali menjuarai acara ini.

Kali terakhir pasukan lelaki China menjadi johan ialah dalam Sukan Olimpik Sydney pada 2000.

China memperolehi 286.125 mata sementara Jepun, yang terpaksa berpuas hati dengan pungutan pingat perak, memperolehi 278.875 mata. Amerika memungut pingat gangsa dengan 275.85 mata.

Dengan lapan pasukan mengambil bahagian, China telah berpasangan dengan Jepun dalam acara yang melibatkan enam radas.

Dengan diketuai johan individu dunia, Yan Wei, pasukan China beraksi dengan cemerlang di tengah-tengah sorakan 18,000 penonton di Stadium Tertutup Nasional.

Tetapi Chen Yibing, yang memulakan kempen China dalam acara ini dalam senaman lantai, terjatuh dan sekadar memungut 14.575 mata sehingga tercicir setengah mata di belakang Jepun di akhir pusingan pertama.

Para penonton kemudian melahirkan kekecewaan mereka setelah Huang Xu yang beraksi dalam kekuda berpelana hanya mampu memungut 14.75 mata.

Tetapi keadaan berubah selepas juara dunia, Xaio Qin, kembali meletakkan China dalam kedudukan yang selesa untuk mempunyai kelebihan 0.4 mata di akhir pusingan kedua.

Selepas itu, johan dunia dalam acara gelang, Cheng Yibing, terus mengukuhkan kedudukan pasukan China selepas memungut 16.575 mata.

Bagaimanapun pasukan Amerika, yang terjejas kekuatannya gara-gara masalah kecederaan, tidak mudah menyerah kalah. Mereka meluru ke depan selepas pusingan ketiga.

Walaupun Amerika tidak dapat menggunakan juara individu Sukan Olimpik Athens, Paul Hamm, dan adiknya, Morgan, tetapi pasukan itu telah mengatasi China dengan kelebihan 0.825 mata pada akhir pusingan ketiga.

Amerika terus menyerlah dalam acara palang tinggi melalui Justin Spring tetapi China juga menunjukkan kecemerlangannya melalui Li Xiaopeng yang memungut 16.775 mata dalam acara kekuda pelana.

Pasukan tuan rumah terus meluru selepas peserta Amerika, Joey Hagerty, terjatuh dalam senaman lantai.

Apabila China meneruskan pusingan terakhir, pasukan itu telah mempunyai kelebihan 5.2 mata ke atas Amerika dan 6.9 mata ke atas Jepun.

Penguasaan China dalam acara ini begitu ketara sehingga perlu memungut 8.725 mata untuk memungut pingat emas tetapi Zou Kai telah mencatatkan 15.975 mata. — AFP.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: