Chong Wei Mara Ke Suku Akhir

BEIJING: Pilihan kedua, Lee Chong Wei dari Malaysia, meluru ke suku akhir perseorangan lelaki dengan kemenangan mudah 21-5, 21-7, ke atas Kestutis Navickas dari Lithuania semalam.

Lee, yang menjadi harapan Malaysia untuk memungut pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik, dijadualkan menentang pilihan keenam dari Indonesia, Sony Dwi Kuncoro, esok.

Sony mengalahkan pemain Finland, Ville Lang, 21-13, 21-18.

‘Saya perlu meningkatkan pertahanan saya,’ kata Lee. ‘Beliau (Sony) adalah seorang pemain penyerang yang baik. Saya berasa seperti baru mencapai tahap 80 peratus sekarang tetapi saya harap akan terus meningkat dengan setiap perlawanan.’

Bersama dengan pilihan pertama dari China, Lin Dan, pemain Malaysia itu adalah antara yang menjadi pilihan untuk memenangi emas dalam perseorangan lelaki.

Juara bertahan lelaki, Taufik Hidayat dari Indonesia, tersingkir dalam pusingan kedua kelmarin.

Dalam perlawanan perseorangan lelaki yang lain semalam, Lee Hyun-Il dari Korea Selatan mengalahkan Marc Zweibler dari Jerman, 21-13, 21-11.

Pilihan ketiga, Bao Chunlai dari China, tergugat sedikit apabila memerlukan tiga set untuk mengalahkan pemain Poland, Przemyslaw, 21-11, 19-21, 21-13.

Dalam beregu lelaki, gandingan Howard Bach dan Bob Malaythong dari Amerika Syarikat, mengalahkan beregu adik-beradik dari Afrika Selatan, Chris dan Roelof Dednam, 21-10, 21-16, untuk mara ke suku akhir.

Malaythong dan Bach akan bertemu pilihan kedua dari China, Cai Yun dan Fu Haifeng, hari ini.

Cai dan Fu, yang mempunyai ranking ketiga dunia, sebelum itu telah mengalahkan Jens Dyrloev Eriksen dan Martin Hansen Lundgaard dari Denmark, 21-12, 21-11.

Dengan melayakkan diri ke suku akhir, Malaythong dan Bach telah pun mara lebih jauh daripada sebarang pemain Amerika dalam acara badminton Olimpik, tetapi kedua-duanya belum berpuas hati.

‘Kami mahukan sebutir pingat,’ ujar Bach. ‘Emas tentunya cantik, tetapi sekadar memenangi sebutir pingat adalah satu pencapaian besar bagi kami.’

Dalam beregu campuran pula, pilihan pertama, Liliyana Natsir dan Nova Widianto dari Indonesia, mengalahkan gandingan dari Korea Selatan, Han Sung-hun dan Hwang Yu-mi, 23-21, 21-19, untuk ke suku akhir. — AP.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: