Emas Ketiga Berturut-Turut China Daripada Pasangan Remaja

BEIJING: Dua peserta remaja China, Wang Xin dan Chen Ruolin, membolehkan China mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam acara terjun cantik, memenangi dengan mudah bahagian terjun serentak 10 meter.

Chen dan Wang memungut sejumlah 363.54 mata dalam acara yang telah dimenangi China sejak ia dikenalkan dalam Sukan Olimpik Sydney 2000.

Gandingan Briony Cole dan Melissa Wu dari Australia memenangi perak dengan 335.16 mata sementara Paola Espinosa dan Tatiana Ortiz dari Mexico memenangi gangsa dengan 330.06 mata.

Pingat emas tersebut merupakan hadiah hari lahir yang ‘lewat’ bagi Wang, yang mencecah usia 16 tahun kelmarin. Chen pula baru berusia 15 tahun.

‘Pingat emas ini adalah hadiah hari lahir yang terbaik yang pernah saya terima,’ kata Wang. ‘Saya harap tuah akan sentiasa bersama saya setiap masa.’

Kedua-duanya juga dijangka akan terus bergembira memandangkan Chen dan Wang mempunyai ranking 1 dan dua dalam acara pelantar individu.

‘Saya harap akan terjun bersama beliau (Chen) untuk satu tempoh yang lama,’ kata Wang yang tahun lalu menjadi gandingan Chen selepas Chen memenangi mahkota dunia dengan pasangan yang lain.

Sebelum ini, China juga telah memenangi acara papan anjal tiga meter wanita dan pelantar 10 meter lelaki. Mereka menaruh harapan untuk mengaup kesemua lapan pingat emas dalam acara terjun cantik, sukan yang telah menghasilkan jumlah pingat Olimpik yang paling banyak untuk negara tersebut.

Chen dan Wang telah mendahului dalam kesemua lima pusingan, dengan seorang pengadil memberikan mereka 10 mata penuh pada terjunan kedua mereka.

Sebelum menerima pingat mereka di podium, Chen dan Wang telah mengelilinginya untuk berjabat tangan dengan gandingan Mexico dan Australia, meneruskan tradisi pasukan China yang berjaya selepas memenangi pingat emas pertama mereka.

Kedua-dua pasangan yang comel itu berpegangan tangan semasa menaiki tangga podium, kemudia melambai dan tersenyum sedang jeritan dan lampu daripada kamera tidak henti-henti kedengaran dan kelihatan dari setiap sudut arena. — AP.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: