Jurulatih Jepun Yakin Skuad Mampu Ke Suku Akhir

BEIJING: Bekas pemain beregu handalan Korea Selatan, Park Joo Bong, yang kini membimbing Jepun, menyasarkan semua empat beregu lelaki dan wanita pasukannya mara ke suku akhir acara badminton Sukan Olimpik.

Sasaran Park itu pasti menambah tekanan ke atas beregu lelaki Malaysia, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong, yang bakal bertemu Shuichi Sakamoto and Shintaro Ikeda dalam perlawanan pembukaan.

Pasangan Jepun itu memenangi kedua-dua perlawanan dengan beregu Malaysia itu dan Park yakin Sakamoto dan Ikeda akan mengulanginya lagi.

‘Dalam perlawanan beregu lelaki, setiap pemain mempunyai kekuatan yang sama meskipun mereka bukan dalam kalangan pemain pilihan.

‘Kami mempunyai undian terbaik dan tidak ada pemain kami yang bertemu pemain-pemain pilihan dalam pusingan pertama,’ tambah jurulatih yang mula membimbing skuad Jepun tiga tahun lalu.

Perlawanan beregu lelaki adalah di kalangan 16 pasangan sahaja dan mereka hanya perlu menang satu perlawanan untuk mara ke peringkat suku akhir.

Ini penampilan pertama Kien Keat dan Boon Heong, yang tiba bersama skuad badminton Malaysia yang lain awal hari ini untuk menghadapi cabaran Sukan Olimpik.

Satu lagi beregu lelaki Jepun, Tadashi Ohtsuka dan Keita Masuda, akan bertemu pasangan Indonesia, Luluk Hadiyanto dan Yulianto Chandra, dalam perlawanan pembukaan. — Bernama.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: