Kumpulan Islam Ancam Serang Olimpik Beijing

Militan Turkestan di Xinjiang siar
video isytihar perang terhadap China

BEIJING: Sebuah kumpulan militan di wilayah Xinjiang di barat China telah menyiarkan satu rakaman video mengancam akan menyerang Sukan Olimpik di sini, menurut sebuah badan pemantau pengganasan berpangkalan di Alexandria, Virginia, Amerika Syarikat, IntelCenter.

Menurut IntelCenter, dalam video itu seorang lelaki membawa senapang penggempur, dikenali sebagai Abdullah Mansour, berkata dalam bahasa Uighur:

‘Kami, anggota Parti Islam Turkestan (TIP), mengisytihar perang terhadap China. Kami menentang pendudukan China ke atas tanah air kami, Turkestan Timur, yang merupakan sebahagian Dunia Islam.’

Dia memberi amaran agar orang Islam tidak pergi ke Sukan Olimpik dan melarang anak mereka pergi ke sana.

‘Kami tidak mahu melihat ada saudara kami, yang beriman kepada Allah, Nabi Muhammad saw, dan hari pembalasan, tercedera dalam serangan kami ke atas China,’ katanya.

Video tersebut mirip satu lagi video yang disiarkan pada 23 Julai lalu, menampilkan seorang lelaki dikenali sebagai Komander Seyfullah, yang mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan bom dalam bas di Kunming dan Shanghai, yang mengorbankan lima orang dan mencederakan 26 mangsa.

Dalam video itu dia mengancam akan menyerang Sukan Olimpik.

Sebahagian pakar pengganasan berkata TIP serupa dengan Gerakan Islam Turkestan Timur (ETIM), yang dipercayai bertanggungjawab di atas sejumlah serangan di Xinjiang, termasuk serangan bom tangan yang mengorbankan 16 pegawai polis di bandar Kashgar Isnin lalu.

Pakar-pakar berkata dengan lebih 100,000 askar dan polis dikerah mengawal Beijing dan bandar lain yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, kumpulan militan akan menyerang kawasan kurang dikawal. — AP, AFP, NYT, Reuters.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: