Liu Hadapi Tugas Berat Kekal Keunggulan

BEIJING: Dalam acara atletik, Liu Xiang menjadi harapan China memenangi pingat emas.

Tetapi pemegang rekod dunia dan johan Olimpik acara 110 meter lompat pagar itu akan menghadapi tugas berat mempertahan keunggulannya.

Ini kerana ramai pencabarnya mahu membuat kejutan, antaranya termasuk Dayron Robles dari Cuba, yang memecahkan rekod Liu pada Jun lalu.

Selain itu, johan Amerika Syarikat, David Oliver, dan rakan senegaranya, Terrence Trammell, pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak dua kali, juga ingin dikalungkan pingat emas.

‘Tidak syak Liu akan menghadapi tekanan berat. Beliau seperti memikul harapan China dalam Sukan Olimpik,’ jelas Trammell.

‘Bayangkan seramai 1.3 bilion penduduk China akan memberikan perhatian pada Liu.’

Liu menarik diri daripada satu kejohanan di Amerika dan kemudian dibatalkan penyertaannya dalam satu kejohanan yang lain.

Namun, beliau kini kelihatan sudah bersedia menghadapi cabaran di Beijing.

‘Saya tidak pernah melihat diri saya sebagai seorang bintang. Sebaliknya, saya melihat diri saya sebagai seorang yang sederhana,’ tambah Liu.

‘Saya akan melakukan yang terbaik mungkin dalam Sukan Olimpik ini. Tetapi yang penting ialah saya harus tenang menghadapi apa juga cabarannya.’

Robles mencatat rekod dunia dengan masa 12.87 saat di Ostrava, Republik Czech, mengurangkan sebanyak .01 saat masa catatan Liu pada 2006.

‘Saya fikir saya boleh berlari dengan pantas lagi,’ kata Robles yakin. — AFP.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: