Phelps Sebaris Ikon Olimpik


PHELPS sudah mencapai tahap tertinggi dalam kariernya bagi menyamai pencapaian ikon Sukan Olimpik.

BEIJING – Michael Phelps kini sebaris dengan ikon Olimpik seperti Paavo Nurmi, Carl Lewis, Mark Spitz dan Larysa Latynina sebagai atlet yang memenangi sembilan pingat emas pada temasya Sukan Olimpik.

Ia berikutan kejayaan perenang sensasi Amerika Syarikat itu memenangi pingat emas dalam acara 200 meter gaya bebas Sukan Olimpik XXIX semalam.

Ketika ini, Phelps dalam buruan untuk mengatasi rekod tujuh pingat emas yang dicipta bekas perenang Amerika, Mark Spitz dalam satu temasya Olimpik.

Dia merangkul pingat emas ketiganya di Beijing itu dengan catatan masa satu minit dan 42.96 saat, sekali gus memecah rekod dunia miliknya.

Ia satu lagi aksi mengagumkan daripada perenang berusia 23 tahun itu yang meninggalkan perenang Korea Selatan, Park Tae-Hwan yang memenangi pingat perak dengan masa 1:44.85s manakala seorang lagi perenang Amerika, Peter Vanderkaay memenangi gangsa (1:45.14s).

“Saya hanya mahu melakar kejayaan di atas usaha saya sendiri yang mana telah saya lakukan dengan memecah rekod 100 meter… itulah sasaran saya,” kata Phelps.

“Saya berada di lorong yang luar yang mana agak sukar perenang lain mengawasi saya.”

Phelps mengakui, dia agak risau dengan aksi Park, namun perenang Korea Selatan itu berkata, tiada apa yang mampu dilakukannya untuk menyekat Phelps.

“Phelps berenang dengan pantas sekali. Ia satu penghormatan bagi saya untuk bersaing dengannya.”

Phelps memenangi pingat gangsa dalam acara 200 meter gaya bebas pada temasya di Athens empat tahun lalu apabila dia ketinggalan kepada perenang Australia, Ian Thorpe dan bintang Belanda, Pieter van den Hoogenband. – AFP

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: