Presiden Beri Sokongan Pada Atlit Negara Di China

PARA atlit Singapura yang sedang mengibarkan bendera negara di Sukan Olimpik akan mendapat sokongan istimewa sebagai pembakar semangat perjuangan mereka.

Presiden S R Nathan, yang sedang membuat kunjungan ke Beijing, China, di tempat berlangsungnya temasya sukan itu, dijangka memberi sokongan moral kepada Pasukan Singapura atau Team Singapore itu.

Sempena lawatan tersebut, Encik Nathan dijangka menemui Presiden China, Encik Hu Jintoa, dan Menteri Ehwal Luar, Encik Yang Jiechi.

Beliau akan berada di Beijing sehingga 16 Ogos ini sebelum meneruskan lawatannya ke Wilayah Henan.

Di sana, Presiden Nathan dijadualkan bertemu Setiausaha Parti, Encik Xu Guangchun dan Pemangku Gabenor, Encik Guo Gengmao.

Presiden Nathan dijangka pulang ke Singapura pada 28 Ogos ini.

Kehadiran beliau di Sukan Olimpik Beijing menyusuli kunjungan Menteri Pembimbing, Encik Lee Kuan Yew, yang menghadiri majlis pembukaan sukan tersebut Jumaat lalu.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: