Ringkas Ekon

Perlahan tahap kenaikan S$

PENGAMAT Standard Chartered semalam meramalkan bahawa Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan memperlahankan tahap kenaikan dolar setempat dalam penilaian dasarnya Oktober ini bagi menyokong eksport yang tumbuh lebih perlahan.

Dolar Singapura telah merosot ke paras lima bulan paling rendah selepas pemerintah meramalkan eksport akan mencatat kemerosotan pertama sejak 2001.

Ekonomi Singapura pula merosot ke paras pertumbuhan paling perlahan dalam tempoh lima tahun.

10 negara belanja besar

PELANCONG Singapura ke China turut berbelanja besar di hari pertama Olimpik Beijing 2008 yang bermula 8 Ogos lalu. Negara ini adalah antara 10 negara utama yang berbelanja besar menerusi kad kredit Visa bagi sukan itu.

Amerika Syarikat merupakan negara dengan perbelanjaan terbesar diikuti dengan Jepun, Hongkong, Korea Selatan dan Britain.

Para pengunjung dari kelima-lima negara itu mewakili separuh daripada hampir AS$10 juta ($14 juta) yang dibelanjakan menggunakan kad kredit Visa di pembukaan Olimpik, menurut laporan Visa semalam.

Lebih lesen bagi dana Islam

SURUHANJAYA Sekuriti Malaysia akan mengeluaran lebih banyak lesen bagi syarikat pengurusan dana Islam sebelum akhir tahun ini dan tahun depan dalam usaha untuk mengantarabangsakan perusahaan itu, kata Pengerusinya, Datuk Zarinah Anwar, kepada Bernama semalam.

Pihaknya telah meluluskan tiga lesen dan sedang memproses banyak lagi permohonan dari Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Pasifik serta Timur Tengah, ujar beliau lagi.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: