Sukan Olimpik: Bola Tampar Pantai Makin Ramai Peminat

TARIKAN bikini adalah sama tetapi permainan bola tampar pantai adalah cukup berbeza berbanding ketika sukan ini mula diperkenalkan pada 1996 di Sukan Olimpik Atlanta.

Liputan media semakin meluas sejak itu dan dengannya hadir bersama-sama sumber kewangan, lebih banyak kejohanan dan minat.

“Di masukkan dalam kalendar Olimpik mengubah sukan kami dengan dramatik,” kata pemain Australia Natalie Cook, yang bermain dalam kesemua empat pertandingan bola tampar pantai Olimpik.

“Setiap tahun ia semakin kuat. Anda dapat melihat buktinya dengan Jawatankuasa Olimpik meletakkan lebih banyak tempat duduk.”

Antara saingan di Atlanta dan Beijing, bola tampar tampar berjaya memikat penonton dengan penganjuran menakjubkan dengan berlatar belakangkan Pantai Bondi di Sydney pada 2000 dan di meningkatkan keseronokan itu di Athens dengan menambah tarian wanita dan irama rock ketika pertandingan.

Ia turut mengubah beberapa peraturan dan menjadikan gelanggang lebih kecil untuk mempercepatkan permainan dan menjadikannya seronok untuk ditonton sama seperti bikini, matahari dan pasir.

“Penonton kini membabitkan dari dengan permainan dan menghormati sukan ini berbanding pada pertama kali mereka langsung tidak memahaminya,” kata Emanuel Rego dari Brazil. – Reuters

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: