Sukan Olimpik: Intai Kelibat Sony


Lee Chong Wei

Chong Wei lebih fokus aksi penentuan esok

KELIBAT Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia tidak lagi menjelmakan igauan kepada Lee Chong Wei dalam misi memburu pingat di Sukan Olimpik Beijing ini.

Biarpun pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Athens itu pernah meleburkan impian Chong Wei pada suku akhir Kejohanan Dunia di Kuala Lumpur tahun lalu, dia tidak rela membiarkan lawan itu terus jadi duri dalam pertemuan mereka di peringkat sama acara perseorangan lelaki di Universiti Teknologi Beijing, esok.

“Saya tidak mahu memikirkan perkara yang sudah berlalu. Tumpuan saya adalah perlawanan Khamis ini.

“Tekanan sememangnya ada dan harus dilalui semua pemain. Sony adalah pemain yang liat dan gemar bermain secara menyerang.

“Saya tahu rentak permainannya dan apa yang penting adalah untuk saya segera membaca strateginya pada hari perlawanan,” kata Chong Wei, 26, yang membuat penampilan keduanya di Sukan Olimpik selepas Athens.

Pemain berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu mara ke suku akhir selepas mudah membenam cabaran Kestutis Navickas dari Lithuania 21-5, 21-7 manakala Sony mara selepas menundukkan pemain Finland, Ville Lang 21-13, 21-18.

Chong Wei masih memiliki kelebihan rekod pertemuan dengan Sony, 4-2, tetapi lawannya itu lebih menonjol dalam kejohanan utama. Sony muncul naib juara Kejohanan Dunia 2007 dan turut memungut pingat gangsa di Sukan Olimpik Athens.

Mengenai sama ada dia cukup bersedia berdepan Sony selepas mengharungi dua perlawanan awal mudah berbanding lawannya yang sudah diuji Boonsak Polsana di pusingan kedua, Chong Wei berkata dia tidak mahu memikirkan perkara itu.

“Apa yang penting adalah untuk saya memberikan tumpuan kepada permainan sendiri tanpa memikirkan perkara lain,” katanya yang mengakui kian selesa beraksi di gelanggang tengah di mana semua perlawanannya akan dilangsungkan.

Sementara itu, Sony mengakui Chong Wei sudah menunjukkan peningkatan mendadak selepas kekalahannya di Kejohanan Dunia, Ogos lalu.

“Permainannya semakin mantap tapi itu bukan bererti dia tidak boleh dikalahkan kerana saya juga punya sasaran sendiri,” katanya.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: