Sukan Olimpik: Radcliffe Sedia Bersaing Maraton Olimpik Beijing

LONDON: Pelari maraton Britain, Paula Radcliffe mengakui betapa dia kini sihat sepenuhnya dan benar-benar bersedia bersaing dalam maraton Olimpik Beijing sekalipun masih bimbang mengenai kecederaan kakinya.

Pemegang rekod dunia maraton dunia yang tidak pernah memenangi pingat Olimpik itu juga mengakui persiapannya kini lebih baik berbanding penyertaan pada Sukan Olimpik 2004 yang menyaksikan dia gagal mengakhiri saingan sekalipun disenarai sebagai atlit pilihan.

“Lebih baik saya bersaing dalam keadaan sihat berbekal sedikit persiapan berbanding pada 2004 yang bukan sekadar tidak cergas tetapi kesihatan saya juga tidak begitu baik menangani ketahanan perlumbaan,” kata Radcliffe kepada Radio BBC.

“Saya akan beraksi sebagai atlit paling sihat di garisan permulaan dan rasanya, saya juga mungkin seorang daripada atlit paling gembira berada di sana kerana ia adalah perkara yang benar-benar saya fikir untuk melakukan,” katanya.

Pakar mengesahkan tekanan keretakan pada tulang paha kiri Radcliffe mungkin menyukarkan atlit itu bertanding di Beijing, tetapi atlit berusia 34 tahun itu menjalani latihan yang gigih sehingga tahap maksimum keupayaan tubuhnya.

“Satu-satunya alasan andai saya tidak mampu menamatkan saingan sudah pasti disebabkan ketidakupayaan kaki tetapi saya sudah melakukan persiapan bagi membolehkannya bersedia menghadapi segala keadaan yang akan dilalui di sini,” katanya.

“Saya sudah mencubanya dan memberi tekanan kepadanya,” kata beliau sambil mengakui kakinya kini mampu menghasilkan jumlah larian yang diingini. Acara maraton wanita akan bermula Ahad ini. – Reuters

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: