Uchishiba Sertai Senarai Jaguh Terkemuka Jepun

BEIJING: Masato Uchishiba menyertai senarai jaguh-jaguh judo terkemuka Jepun setelah beliau mempertahankan keunggulannya dalam kelas lelaki 66 kilogram Sukan Olimpik di sini, semalam.

Berusia 30 tahun, Masato, yang sentiasa kelihatan lasak, menewaskan Benjamin Darbelet dari Perancis dengan mencatat ippon dan memenangi pertarungan tersebut dalam masa kurang daripada dua minit.

Uchishiba, yang menggondol pingat emas dalam Sukan Olimpik di Athens, tidak dianggap sebagai peserta pilihan selepas menduduki tempat kedua dalam Kejohanan Sedunia pada 2005.

Dalam Kejohanan Asia pada tahun ini pula, ahli judo Jepun itu sekadar menduduki tempat kelima.

Darbelet, yang sebelum ini tidak menghadapi masalah mengawal rentak perlawanan ke atas seteru-seterunya yang lain, gagal menyaingi peserta veteran Jepun itu.

Kesudahannya, Darbelet, yang kelihatan kebingungan selepas kepalanya terhentak di tikar gelanggang, terpaksa menyerah kalah, sekali gus memberikan kemenangan yang paling mudah kepada Uchishiba.

Sementara itu, johan bertahan, Xian Dongmei, mengharumkan negaranya dengan memenangi pingat emas pertama China dalam acara judo.

Beliau mengalahkan peserta Korea Utara, Kum Ae An, dalam final kelas 52 kilogram.

Setelah melahirkan anak perempuan 18 bulan lalu, Dongmei, 33 tahun, kembali aktif dan membuktikan keunggulannya masih mantap untuk memberikan pingat emas yang kelima kepada China dalam temasya di Beijing itu.

Soraya Haddad dari Algeria mengalahkan Sholpan Kaliyeva dari Kazakhstan untuk memungut pingat gangsa. — Agensi.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: