Brazil Garang


QINHUANGDAO: Dua jaringan Thiago Neves dan satu lagi oleh Diego membolehkan Brazil menumpaskan China, 3-0 semalam sekali gus melengkapkan dominasi berterusan di peringkat kumpulan di Sukan Olimpik Beijing.

Brazil memenangi Kumpulan E dengan sembilan mata hasil tiga perlawanan dan akan menentang Cameroon pada suku akhir di Shenyang, Sabtu ini.

Belgium turut melayakkan diri dari kumpulan itu dan akan menentang Itali di Beijing pada hari sama. Kekalahan itu menyaksikan China tersingkir daripada pertandingan.

Brazil mendominasi penguasaan bola, ternyata bukan tandingan buat pasukan China biarpun bertahan dengan 10 pemain bagi menyekat serangan Brazil.

Bagaimanapun taktik itu tidak menjadi. Brazil dengan sabar menanti peluang mereka dan memperolehi gol pertama pada m-18 apabila Diego yang beraksi untuk Werder Bremen, menyambut hantaran Ronaldinho, berjaya memperdayakan penjaga gol China, Liu Zhenli dan menyepak bola terus masuk ke gawang.

Jurulatih Brazil, Dunga merehatkan tiga pemain utamanya iaitu pemain pertahanan, David Silva dan dua pemain tengah, Hernanes dan Anderson yang masing-masing memperolehi kad kuning pertama bagi mengelak dikenakan kad kuning kedua dan terlepas aksi peringkat suku akhir.

Pemain pertahanan, Rafinha juga tidak diturunkan dalam perlawanan itu.

Brazil tidak pernah memenangi gelaran Olimpik dalam acara bola sepak lelaki. Negara itu menang perak sebanyak dua kali iaitu di Sukan Olimpik Los Angeles 1984 dan Sukan Olimpik Seoul 1988 selain pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Atlanta 1996. – AP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: