Bunga Api Olimpik Palsu?


BUNGA api melatari langit malam Beijing, China pada pembukaan Olimpik baru-baru ini.

AKHBAR Telegraph, London, Britain baru-baru ini melaporkan terdapat letupan bunga api yang palsu semasa majlis pembukaan Sukan Olimpik di Stadium Kebangsaan Beijing, China, 8 Ogos lalu.

Akhbar tersebut melaporkan bahawa ada sebahagian daripada bunga api yang dipamerkan menerusi siaran televisyen itu sebenarnya dijana komputer.

Bunga api itu cuma palsu di kaca televisyen. Ia wujud tetapi bukanlah pada masa yang dilihat di televisyen. Ini kerana, adalah mustahil untuk memfilemkan detik ekstravaganza itu keseluruhannya dari udara. Adalah satu yang berbahaya untuk helikopter memfilemkannya secara langsung bagi kesemuanya.

Jadi, ada antara bunga api itu merupakan palsu iaitu merupakan prarakaman dan dijana oleh komputer.

Helah tersebut terlebih dahulu telah didedahkan oleh akhbar China tempatan, The Beijing Times, hujung minggu lalu.

Gao Xiaolong, ketua kumpulan efek visual bagi majlis tersebut berkata, mereka telah mengambil masa kira-kira setahun untuk menghasilkan rentetan peristiwa 55 saat itu.

Pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan rentetan itu tidak disedari seboleh yang mungkin. Mereka turut mendapatkan nasihat dari pejabat metereologikal Beijing bagaimana mencipta semula efek berkabus bagi langit malam Beijing dan memasukkan efek gegaran kamera untuk menzahirkan idea itu apabila ia difilemkan helikopter.

“Apabila melihat ia berfungsi, letupan palsu sebenarnya masih nampak jauh lebih cerah daripada bunga api yang sebenar. Tetapi kebanyakan penonton televisyen melihat ia seperti difilemkan secara langsung. Jadi, misi kami berjaya,” katanya.

Apa yang menjadi masalah utama ialah kesukaran untuk meletakkan helikopter televisyen pada sudut yang tepat untuk membolehkan semua penonton melihat keseluruhannya.

Seorang penasihat dalam Jawatankuasa Olimpik Beijing mempertahankan keputusan mereka untuk menggunakan helah tersebut demi mengagumkan penonton.

“Kami tidak boleh meletakkan pemandu helikopter kami dalam bahaya kerana cuba mengejar deretan bunga api itu,” katanya.

Justeru, persoalan yang mungkin timbul di benak kita, yang mana satukah letupan bunga api yang palsu itu dan yang mana satu yang betul?

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: