Chong Wei Hampiri Misi Buru Emas


PUAS: Chong Wei meraikan kemenangan layak ke separuh akhir selepas menewaskan Sony di Universiti Teknologi Beijing, semalam.

BEIJING: Pemain utama negara, Lee Chong Wei, menghampiri misi meraih pingat pada Sukan Olimpik kali ini selepas layak ke separuh akhir badminton perseorangan lelaki, semalam.

Chong Wei, pilihan kedua, melangkah ke peringkat itu selepas mempamer aksi mengagumkan pada suku akhir menundukkan naib juara Kejohanan Dunia dari Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 21-9, 21-11.

Kejayaan itu menyaksikan Chong Wei menjadi pemain pertama negara mara ke kelompok empat pemain terbaik dalam tempoh 12 tahun selepas Rashid Sidek melakukannya pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta.

Lawannya pada separuh akhir petang ini ialah pemain Korea Selatan, Lee Hyun-Ill yang menundukkan pemain nombor dua dunia dari China, Bao Chunlai 23-21, 21-11.

“Saya tak sangka dapat menang semudah ini. Awalnya saya sedikit gugup tetapi kemudian berjaya bermain mengikut strategi yang diatur,” katanya.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: