Impian Beregu Amerika Punah


BEIJING: Beregu lelaki Amerika Syarikat, Howard Bach dan Bob Malaythong tewas 21-9, 21-10 kepada pilihan kedua, Fu Haifeng dan Cai Yun dari China dalam acara beregu badminton pada Sukan Olimpik Beijing, semalam.

Bach dan Malaythong jelas sekali menjadi beregu bukan pilihan dan muncul sebagai beregu badminton pertama Amerika Syarikat mara ke suku akhir. Secara perbandingan, China sudah menang 22 pingat badminton Olimpik sejak acara itu diperkenalkan pada Sukan Olimpik 1992 di Barcelona.

“Sesuatu yang hebat jika anda menjejak podium, tetapi perjalanannya yang paling penting untuk diambil kira. Ia ganjaran yang akan diterima. Tebal atau nipis, kami cuba menikmatinya dan mendapatkan sedikit rasa seronok,” katanya.

Beregu Jepun, Miyuki Maeda dan Satoko Suetsuna gagal melakukan satu lagi kejutan selepas mengatasi juara bertahan Olimpik dan pilihan utama beregu wanita pada temasya itu apabila mereka tewas kepada beregu Korea Selatan, Lee Kyung-won dan Lee Hyo-jung.

Dalam acara perseorangan wanita, pemenang emas Sukan Olimpik Athens, Zhang Ning dari China menyingkirkan pemain Perancis, Pi Hongyan 2-1 dan bakal bertemu pemain Indonesia, Maria Kristin Yulianti pada separuh akhir.

Yulianti menewaskan pemain berusia 18 tahun, Saina Nehwal dari India. – Reuters

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: