Phelps Pecah Rekod Untuk Emas Pertama

Pencapaian jadikan sasaran buru lapan kemenangan tidak mustahil

BEIJING: Perenang Amerika Syarikat, Michael Phelps, memecahkan rekodnya sendiri semalam untuk merebut pingat emas pertama daripada lapan yang menjadi buruannya dalam Sukan Olimpik 2008 ini.

Dengan mendengar lagu hip-hop semasa berjalan ke papan permulaan, Phelps memenangi perlumbaan 400 meter rampaian individu itu dengan catatan masa 1.41 saat lebih pantas daripada rekod yang dicatatkannya enam minggu lalu.

Phelps mengangkat tangan tanda gembira dan puas sejurus mencecah tembok penamat bagi memenangi perlumbaan yang ramai menyifatkan sebagai acaranya yang paling lemah.

Kejayaan itu turut disaksikan Presiden Amerika George W. Bush di samping sorakan penyokong yang mengibarkan bendera negara itu.

‘Saya sungguh gembira dengan kemenangan ini,’ kata Phelps sambil menghargai isyarat tahniah daripada Presiden Bush.

‘Saya cuba mencari ibu saya tetapi saya tidak nampak beliau.’

Perenang berusia 23 itu kelihatan berada pada tahap fizikal yang sungguh baik untuk sekurang-kurangnya menyamai enam pingat emas yang dimenanginya dalam Sukan Olimpik Athens empat tahun lalu.

Ramai mengharapkan Phelps dapat memecahkan rekod Mark Spitz, yang membolot tujuh pingat emas dalam Olimpik Munich 1972.

Sasaran itu tidak mustahil memandangkan kemenangan Phelps semalam dicatat dengan kelebihan satu badan.

‘Saya dalam keadaan baik,’ tegas Phelps, yang memenangi perlumbaannya dalam masa empat minit 5.25 saat.

Namun, ini mungkin perlumbaan 400 meter rampaian terakhir bagi Phelps, yang menyatakan beliau mahu menumpukan perhatian pada acara pecut.

Menurut Phelps, apabila beliau memberitahu Bob Bowman bahawa ini perlumbaan 400 meter rampaian yang terakhir baginya, jurulatih itu berkata beliau perlu mengakhirinya dengan mencatat rekod.

‘Kira-kira 6.30 pagi tadi, ketika saya berjalan ke kolam renang, secara berseloroh saya berkata ini mungkin perlumbaan terakhir saya,’ jelas jaguh Amerika itu.

Menurut Phelps, perlumbaan 400 meter rampaian itu adalah acara yang paling sukar dan beliau sekadar mahu mengambil pendekatan berlainan pada masa depan

Phelps begitu emosioanl semasa upacara penyampaian pingat apabila beliau kelihatan menangis semasa lagu kebangsaan Amerika berkumandang.

‘Saya tidak tahu kenapa. Sebenarnya saya mahu menyanyikan lagu kebangsaan semasa upacara tersebut tetapi saya tidak dapat berbuat demikian kerana secara tiba- tiba saya menangis,’ jelas beliau. — Reuters, Xinhua, AFP.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: