Sukan Olimpik: Hoffa, Rakan Sedia Sapu Bersih Pingat Lontar Peluru

JUARA dunia lontar peluru Reese Hoffa, dua kali naib juara Olimpik, Adam Nelson dan juara dunia dalam dewan, Christian Cantwell memberikan Amerika Syarikat harapan akan menyapu bersih ketiga-tiga acara itu dalam final pertama olahraga Olimpik, esok.

Sementara itu, pelari Habsyah bakal mendominasi tempat teratas dalam satu lagi saingan pingat pada hari pertama, iaitu 10,000 meter wanita.

“Saya berpendapat ia sangat realistik,” kata Hoffa mengenai penyudah 1-2-3 Amerika Syarikat dalam lontar peluru. “Adam, atlit veteran, maka dia mungkin tidak mempunyai sebarang masalah. Saya tertarik untuk melihat apa yang akan dilakukan Christian. Dia mungkin atlit yang boleh memenangi emas Olimpik kerana dia begitu kuat.

“Saya meletakkan peluang 50-50. Saya tidak mahu meletakkannya terlalu tinggi.”

Atlit Amerika berjaya menghasilkan tujuh penyudah podium dalam lontar peluru dalam sejarah Olimpik tetapi tidak satu pun sejak di Rome pada 1966, kali terakhir satu negara mengisi ketiga-tiga pentas kemenangan.

Amerika memenangi 17 daripada 26 emas Olimpik dalam acara ini dan 13 daripada 15 pingat perak.

Nelson mencari emas pada percubaan ketiga selepas dua kali menjadi pengiring, memiliki jarak terbaik di dunia tahun ini iaitu 22.12 meter. Dia naib juara dunia tiga kali tetapi berjaya meraih mahkota dunia pada 2005.

Hoffa memenangi ujian kelayakan Olimpik Amerika dengan lontaran 22.10, kedua terbaik di dunia tahun ini.

Cantwell, tidak sabar mempamerkan kehebatannya selepas gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Athens empat tahun lalu, mempunyai catatan musim terbaik, 21.76m. – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: