Sukan Olimpik: ‘Jangan Bergaduh’

Ismail Sabri minta Musa, Karim berdamai

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob kecewa dengan pergeseran terbaru persatuan sukan yang kali ini membabitkan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Pusat Latihan Prestasi Tinggi (HPTC).

Baginya, pertelingkahan seperti itu tidak mendatangkan keuntungan kerana yang menjadi mangsa adalah persatuan dan atlit sendiri, apabila sukar mendapatkan penaja.

“Bagi saya, KOAM dan HPTC wajar bekerjasama demi kepentingan sukan itu sendiri, bukannya terus bercakaran.

“Jika adanya kerjasama antara kedua-dua pihak, atlit negara juga boleh mengambil peluang mengadakan latihan bersama.

“Sikap mementingkan diri sendiri dengan mahu menonjolkan diri masing-masing adalah lebih baik daripada yang lain, tidak mendatangkan sebarang keuntungan,” katanya yang mengakui belum mendapat gambaran jelas mengenai masalah itu kerana berada di Beijing untuk mengikuti Sukan Olimpik sejak seminggu lalu.

Bagi Ismail Sabri, perbalahan seperti itu sekadar merugikan sukan negara apa lagi ketika ini isu taekwondo, golf dan badminton masih belum selesai.

Persengketaan antara Pengarah HPTC Asia, Mohd Musa Noor Mohd dan Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim bermula sejak HPTC diwujudkan pada 2006 apabila mereka saling menuduh pihak yang satu lagi gagal melahirkan atlit olahraga yang cemerlang.

Kelmarin, sengketa peribadi antara dua pemimpin olahraga negara itu memasuki babak lebih hangat apabila HPTC meminta diadakan satu debat bagi membincangkan pencapaian masing-masing.

Musa berkata, di sebalik KOAM berbangga dengan tiga atlitnya yang beraksi di Sukan Olimpik Beijing, beliau mempersoalkan tentang perancangan KOAM untuk membentuk barisan atlit pelapis.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: