Sukan Olimpik: Kemeriahan Olahraga Dijangka Benam Isu Dadah

OLAHRAGA akan cuba membenamkan isu dadah membabitkan sukan ini apabila membuka tirai persaingan di Olimpik Beijing, hari ini, dengan permusuhan sengit dalam beberapa disiplin menjanjikan aksi bertaraf dunia.

Terdapat beberapa nama terkemuka dan pemecah rekod, yang pentas sudah tercipta buat mereka menyinar dalam acara riben biru pada edisi ke-29 kali ini.

Ia menghadirkan kelegaan kepada penganjur trek dan padang yang dibelenggu dengan cerita negatif doping menuju Temasya ini.

Aksi hari ini akan menyaksikan saingan menarik, dengan tiga pelari terpantas dalam sejarah – Tyson Gay, Usain Bolt dan Asafa Powell – berlari dalam saringan 100m lelaki, dengan akhir akhir, berlangsung esok.

Juara bertahan pelari Amerika Syarikat, Justin Gatlin tidak akan berbaris di garisan permulaan selepas gagal dalam usahanya untuk membalikkan penggantungan bagi kesalahan dadah.

Juara pecut berganda dunia dari Amerika, Gay akan bertembung dengan dua jaguh Jamaica, Powell dan Bolt, bekas dan pemegang sekarang rekod dunia.

Bolt mengejutkan peminat dengan memecahkan rekod dunia 100m dicatatkan by Powell, dengan pelari berusia 21 tahun itu berlari dengan kepantasan 9.72 saat di New York pada 31 Mei lalu.

Powell bangkit untuk mengalahkan Bolt bulan lalu dalam pertemuan di Stockholm – pertembungan terakhir mereka sebelum Sukan Olimpik – tetapi pemegang rekod dunia itu adalah pilihan utama untuk memenangi mahkota pecut Olimpik pertama buat Jamaica.

“Saya tidak bimbang,” kata Bolt, yang mengejar kejuaraan pecut berganda. “Prestasi saya bagus dan pada masa ini semuanya berjalan lancar.” – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: