Sukan Olimpik: Liu Berdepan Tugas Getir Pertahan Emas

JAGUH olahraga China, Liu Xiang berdepan tugas getir untuk memenuhi tuntutan 1.3 billion rakan senegara dengan cuba mempertahankan pingat emas Olimpik 110 meter berpagar dengan terlebih dahulu perlu mengatasi cabaran sengit pelari Cuba, Dayron Robles.

Bintang berusia 25 tahun itu cuba menjadi hanya pelari ketiga untuk memenangi emas 110m berturut-turut selepas jaguh Amerika Lee Calhoun (1956-60) dan Roger Kingdom (1984-88) dan juga ingin menyekat Robles, 21, daripada mencuri mahkotanya untuk menambah kepada rekod dunia yang sudahpun berjaya direbut pelari dari Cuba itu.

Liu sebelum ini memberikan mesej berbeza menuju persaingan getir itu, dengan pada mulanya berkata dia adalah pelari yang perlu ditewaskan dan kemudian menukar pandangan itu dan berkata Robles – yang cuba menyamai kejayaan rakan senegara Anier Garcia pada Temaya 2000 – adalah sasaran utama bagi pelari lain untuk dipintas.

Satu perkara sudah pasti – Liu sedar bahawa sekalipun menghormati pelari veteran Amerika dan pemegang dua pingat perak Olimpik, Terrence Trammell, sebaliknya Robles adalah tumpuan utamanya.

“Dia pelari berpagar semula jadi dan pencabar menakutkan,” kata Liu mengenai pelari yang menyanggah dirinya selaku pemegang rekod dunia Jun lalu, dengan kepantasan 12.87 saat.

“Tetapi saya percaya saya boleh menewaskannya. Saya berada pada tahap itu ketika ini.”

Liu, yang juga juara dunia dengan memenanginya di Osaka, Jepun, tahun lalu di mana Robles menduduki tempat keempat, percaya dia mempunyai satu lagi kelebihan ke atas pelari Cuba itu.

“Dia (Robles) masih muda berbanding saya dan saya mempunyai pengalaman Sukan Olimpik Athens,” kata atlit China ini. – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: