Sukan Olimpik: Misbun Yakin Chong Wei Selamat

Daripada Norbakti Alias di Beijing
Norbakti@nstp.com.my

Terima kejutan di mana pemain handalan dunia tersingkir awal

ACARA badminton Sukan Olimpik kali ini sudah menyaksikan beberapa kejutan di mana pemain handalan dunia tersingkir awal termasuk Taufik Hidayat, tetapi jurulatih negara, Misbun Sidek percaya Lee Chong Wei tidak akan menjadi mangsa terbaru.

Malah, reaksi positif yang ditunjukkan Chong Wei sejak berada di Beijing memberi keyakinan buat Misbun bahawa anak didiknya sudah bersedia menggalas tugas sebagai wakil tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki selepas penyingkiran Wong Choong Hann di pusingan ketiga, kelmarin.

Chong Wei akan menentang pemenang gangsa Sukan Olimpik Athens, Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia di suku akhir, hari ini – lawan yang menamatkan impiannya di peringkat sama di Kejohanan Dunia di Kuala Lumpur, Ogos tahun lalu.

“Sikap dan tumpuan Chong Wei setakat ini cukup baik, malah dia tidak peduli dengan apa yang berlaku kepada pemain lain kerana hanya mahu fokus kepada persiapannya.

“Saya sering menghabiskan masa dengannya untuk memberi ketenangan dan jelas, segalanya cukup baik buat dirinya.

“Daripada pandangan saya, dia cukup bersedia. Saya tidak tahu apa yang bermain di fikirannya tapi apa yang saya rasakan, dia tahu apa yang perlu dilakukannya bagi menghadapi cabaran di suku akhir,” katanya.

Mengenai peluang Chong Wei menentang Sony, Misbun berkata segalanya masih 50-50 kerana masing-masing sudah masak dengan permainan antara satu sama lain.

“Apa yang penting adalah untuk Chong Wei segera memberi tindak balas dalam perlawanan itu bagi menyuntik keyakinan awal.

“Kelebihan psikologi begitu perlu diperolehi segera agar tidak memberi tekanan tambahan kepada diri sendiri,” katanya.

Pemain berusia 26 tahun berasal dari Bukit Mertajam itu masih mendahului 4-2 dalam rekod pertemuannya dengan Sony yang bagaimanapun, memiliki kelebihan untuk lebih menyerlah dalam kejohanan utama.

Sony mencipta kejutan dengan memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Athens 2004 serta muncul naib juara di Kejohanan Dunia 2007.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: