Du Li Akhiri Penantian Peminat Hari Keenam


BEIJING: Penembak China, Du Li akhirnya meraih pingat emas Olimpik di tempatnya sendiri, semalam, enam hari selepas membuatkan berjuta-juta peminat kecewa berikutan kegagalan muncul pemenang pada hari pembukaan acara itu.

Li, atlit berusia 26 tahun daripada wilayah Shandong, muncul sebagai salah seorang atlit yang menjadi sebutan selaku pilihan awal untuk memenangi pingat emas pertama China pada Sukan Olimpik Beijing yang bermula Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Li gagal mengawal rasa gugup dan menamatkan saingan di tempat kelima acara air rifle 10m wanita dan penghormatan ‘aoyun shoujin’ – emas pertama Olimpik – beralih kepada penembak Republik Czech, Katerina Emmons.

Li menebus kehampaan itu, semalam, dengan memenangi saingan acara 50m rifle tiga kedudukan dengan mencipta rekod baru temasya, meninggalkan Emmons dan juara bertahan, Lioubov Galkina dari Russia, jauh di belakang.

Li menamatkan saingan dengan 690.3 mata untuk memecahkan rekod Olimpik sebelum ini, 688.4, dilakukan Galkina di Athens, empat tahun lalu.

Harapan China menambah pingat kelima menembak daripada 11 yang diadakan setakat ini berkecai apabila penembak nombor satu dunia, Wei Ning menduduki

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: