Olimpik Beijing: Li Tebus Detik Kecewa Gagal Acara Pertama

DU Li dari China akhirnya mencipta kilauan pingat emas di halaman sendiri pada Olimpik, semalam – enam hari selepas mengecewakan berjuta rakyat China selepas gagal menang emas pada saingan acara pertama temasya itu.

Li, atlit berusia 26 tahun dari wilayah Shandong, adalah seorang daripada atlit yang sering diperkatakan sebelum bermula temasya itu selaku atlit pilihan untuk memenangi pingat emas pertama Olimpik Beijing, Sabtu lalu.

Namun, Li hilang kawalan dan menamatkan kedudukan di tangga kelima dalam acara 10m Air Rifle wanita, penghormatan selaku ‘aoyun shoujin’ – emas Olimpik pertama – menjadi milik Katerina Emmons dari Republik Czech.

Dia membalas kekecewaan semalam apabila meraih gelaran dalam acara 50 meter Rifle 3 Position dengan rekod baru kejohanan – meninggalkan Emmons dan juara bertahan Lioubov Galkina dari Russia jauh ketinggalan di belakang.

Li menamatkan saingan dengan 690.3 mata untuk memadam rekod lama Olimpik 688.4 dicipta Galkina di Athens, empat tahun lalu.

Dalam saingan tempat kedua yang sengit, Emmons berjaya meraih perak hanya 0.1 mata di depan pemenang pingat gangsa, Eglis Yaima Cruz dari Cuba, dengan dia sendiri hanya 0.2 mata di depan penembak tangga keempat, Galkina.

Li mendedahkan ia adalah secara tepat empat tahun lalu pada 14 Ogos dia memenangi gelaran pertama Olimpik dalam acara 10m di Athens.

“Tarikh ini jelas membawa tuah buat saya, tetapi melangkah ke acara Khamis (hari ini) nanti bukanlah mudah,” katanya. – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: