Olimpik Beijing: Yang Hargai Nasihat Jurulatih

Raih emas keseluruhan individu yang gagal dijangkau sejak lapan tahun lalu

GIMNAS China, Yang Wei akhirnya memenangi emas acara keseluruhan individu lelaki, menamatkan penantian untuk gelaran Olimpik yang gagal dijangkaunya sejak lapan tahun lalu.

Yang, dua kali muncul juara dunia, menamatkan saingan dengan 94.575 mata, semalam, hampir tiga mata mengatasi Kohei Uchimura dari Jepun. Benoit Caranobe dari Perancis meraih pingat gangsa.

Yang menduduki tempat kedua di belakang Alexei Nemov pada 2000, dan langsung tenggelam ketika Olimpik di Athens. Tetapi kali ini, tiada keraguan mengganggunya.

Menurut Yang, satu ketika dia mahu bersara tetapi jurulatihnya, Huang Yubin enggan membenarkan dia membuat keputusan drastik itu.

“Selepas Sukan Olimpik di Athens, saya mahu bersara daripada skuad negara kerana beranggapan saya berada dalam keadaan baik pada ketika itu. Jika saya gagal meraih emas saya berfikir saya tidak akan lagi memenangi emas,” katanya.

Atlit itu juga tiada keyakinan diri pada masa itu untuk mengejar emas dan mahu membuat keputusan membatalkan latihan keras ala tentera tetapi berkata Huang menaruh harapan terhadapnya dan mengekalkan dia dalam bimbingannya.

“Jurulatih saya terus memberi dorongan kuat. Dia membawa saya bercuti dan memberitahu saya Sukan 2008 akan menjadi yang terhebat dalam 100 tahun. Ia peluang sekali dalam hidup dan saya harus mencuba,” katanya.

Dengan setiap hari menyaksikan emas dikuasai, gimnastik kian menjadi milik China di Olimpik Beijing. Dan tiada bintang yang lebih besar daripada Yang.

Selepas lapan tahun menanti, dia jelas berhak memilikinya.

“Hari ini amat sempurna. Saya rasa penat sebelum saingan, tetapi selepas itu, saya rasa lebih tenang,” kata Yang.

Dia tidak menunggu markahnya dalam acara palang tinggi, acara terakhirnya, untuk meraikannya, apabila menaiki podium dan menjulang tangannya, diiringi sorakan gemuruh penonton. – AP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: