Pemain Hoki Wanita Jerman Berbogel

BEIJING – Kempen pasukan hoki wanita Jerman di Sukan Olimpik Beijing di China kini berada dalam ‘bahaya’ selepas gambar bogel salah seorang daripada pemainnya menghiasi muka depan majalah Playboy, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemain itu, Katharina Scholz (gambar), 25, menyertai tiga atlet Olimpik yang lain untuk berbogel di dalam majalah dewasa edisi Jerman itu yang dipasarkan semalam.

“Ia (bergambar bogel) adalah peluang yang baik tetapi itu tidak penting pada masa sekarang kerana saya mahu menumpukan perhatian terhadap Olimpik.

“Saya memperoleh peluang untuk menghiasi majalah itu kerana saya seorang pemain hoki.

“Bagaimanapun, saya tidak merancang untuk menjadi model,” katanya.

Jaguh renang Amerika Syarikat (AS), Amanda Beard juga pernah berbogel dalam majalah Playboy pada tahun lalu dan dia juga berbogel dalam satu iklan menentang penggunaan pakaian bulu haiwan di Beijing.

Sementara itu, beberapa atlet Olimpik Britain juga pernah berbogel dalam satu iklan minuman tenaga. – Agensi

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: