Nastia Sempurnakan ‘Kekurangan’ Bapa

BEIJING: Sedang Nastia Liukin memenangi emas acara keseluruhan individu untuk Amerika Syarikat semalam, bapanya, Valeri, mengenang peristiwa 20 tahun lalu semasa beliau mewakili Soviet Union dalam Sukan Olimpik Seoul.

Valeri Liukin kalah tipis untuk merebut emas perseorangan lelaki dalam 1988 – kegagalan yang masih mengganggunya meskipun beliau memenangi dua pingat emas dalam acara lain sebelum berpindah ke Texas dan menjadi seorang jurulatih terkemuka.

Sambil tersenyum semalam, Liukin menyifatkan usahanya membimbing Nastia, yang dibawa dari Russia ke Amerika semasa masih kecil hingga memenangi mahkota Olimpik, sebagai menyempurnakan tugas dua dekad lalu yang belum selesai.

‘Saya rasa Nastia membetulkan kesilapan kecil yang saya lakukan dulu,’ kata Liukin selepas anaknya mengalahkan peserta pilihan untuk pingat emas, rakan sepasukannya Shawn Johnson.

‘Ia satu perasaan yang paling seronok di dunia. Saya tidak fikir ada bapa yang dapat menceritakannya selepas segala penat lelah yang telah kami lakukan. Terutama sekali selepas 20 tahun sejak saya bersaing dalam Sukan Olimpik dan menduduki tempat kedua.’

Nastia pula berkata: ‘Saya masih bersaing dengannya untuk jumlah pingat. Beliau ada empat, jadi saya masih perlu memenangi beberapa lagi.

‘Ini satu pencapaian yang sungguh menakjubkan, berada di sini bersama beliau tepat 20 tahun selepas beliau bersaing dalam Sukan Olimpik.’

Menurut Nastia, pingat-pingat yang dimenangi bapanya dalam tahun-tahun akhir era Soviet membantu merangsangkan kejayaannya semasa beliau berlatih di Texas untuk mewakili Amerika di Beijing. — AFP.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: