Perseorangan Wanita China Jamin Emas

XIE XINGFANG akan membuat perhitungan dengan Zhang Ning pada perlawanan akhir hari ini.

BEIJING – Tuan rumah, China menjamin pingat emas dan perak dalam acara badminton perseorangan wanita Sukan Olimpik XXIX selepas pencabar tunggal dari Indonesia, Maria Kristin Yulianti tersingkir pada aksi separuh akhir semalam.

Pemain No. 1 dunia, Xie Xingfang akan turun berdepan juara Olimpik, Zhang Ning pada pertemuan akhir hari ini bagi menghampiri misi China merangkul bersih semua pingat emas dalam acara badminton di Beijing.

Terdahulu, Zhang menyingkirkan cabaran pemain bukan pilihan dari Indonesia, Yulianti 21-15, 21-15 manakala Xie menang ke atas rakan senegaranya, Lu Lan 7-21, 21-10, 21-12 pada separuh akhir.

“Akhirnya saya berjaya melaksanakan tugas saya pada Sukan Olimpik Beijing ini. Saya berasa amat tertekan kerana setiap perlawanan agak sukar untuk dimenangi,” kata Zhang.

“Saya amat gembira bahawa pemain China sudah pasti akan memenangi pingat emas acara ini (perseorangan wanita) di Beijing.”

Sementara itu, juara dunia dari Indonesia, Markis Kido/Hendra Setiawan melangkah ke perlawanan akhir acara beregu lelaki selepas menundukkan pasangan veteran Denmark, Lars Paaske/Jonas Rasmussen semalam.

Pilihan utama itu menang 21-19, 21-17 ke atas wakil terakhir dari Eropah itu untuk menempah pertemuan dengan gandingan tuan rumah, Cai Yun/Fu Haifeng hari ini.

Cai Yun/Haifeng pula mara ke perlawanan akhir setelah menewaskan pasangan Korea Selatan, Lee Jae Jin/Hwang Ji Man 22-20, 21-8.

China kini dalam misi untuk merangkul bersih lima pingat emas pada temasya kali ini termasuk dalam acara beregu lelaki yang tidak pernah menjadi milik mereka sejak badminton mula diperkenalkan pada temasya 1992 di Barcelona. – AFP

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: