Phelps Kian Hampir Capai Sasaran

Menang pingat emas keenam
Olimpik Beijing

BEIJING: Keunggulan Michael Phelps gagal dikekang apabila perenang Amerika Syarikat itu memenangi pingat emas keenam dalam Sukan Olimpik Beijing semalam.

Bintang berusia 23 tahun itu, yang meletakkan dirinya sebagai atlit Olimpik terunggul, memenangi perlumbaan 200 meter rampaian individu dan kian hampir mencatat sejarah memenangi lapan kejuaraan dalam satu Olimpik.

Phelps mendahului dari awal dan terus meninggalkan pencabar utamanya dua saat di belakang untuk mencatat masa kemenangan satu minit 54.23 saat.

Perenang Hungary, Laszlo Cseh, menduduki tempat kedua dengan mencatat rekod baru Eropah 1:56.52 saat, dengan Ryan Lochte dari Amerika di tempat ketiga 1:56.53 – ulangan keputusan acara 400 meter rampaian individu pada Ahad lalu.

Setengah jam sebelum itu, Lochte menunjukkan kegigihan untuk mencatat rekod baru dunia dengan mengalahkan juara bertahan, Aaron Peirsol, dalam acara 200 meter kuak lentang.

Tetapi Lochte gagal menggugat rakan Phelps, yang memburu lapan pingat emas dalam satu temasya, yang akan memecahkan rekod perenang negaranya, Mark Spitz, yang membolot tujuh emas dalam Olimpik Munich 1972.

‘Tentunya saya mahu mengalahkan Michael Phelps,’ kata Lochte. ‘Tidak kira dalam apa acara pun , saya mahu menang tetapi ia tidak berlaku.’

Phelps memenangi pingat emas dan mencatat rekod baru dunia dalam acara 400 meter rampaian, 200 meter gaya bebas, 200 meter kuak kupu- kupu, 4×100 meter gaya bebas dan 4×200 meter gaya bebas.

Kini dengan mengumpul 12 pingat emas sepanjang kerjayanya, termasuk enam dalam Olimpik Athens, Phelps membolot pingat emas terbanyak berbanding atlit-atlit lain dalam sejarah Olimpik.

Beliau masih mempunyai dua lagi acara, 100 meter kuak kupu-kupu dan 4×100 meter rampaian berganti-ganti.

‘Olimpik ini agak sukar kerana saya hanya ada sekitar lima minit antara upacara penyampaian hadiah dengan perlumbaan berikutnya,’ jelas Phelps.

‘Saya hanya mempunyai masa memakai serkup kepala dan berjalan keluar menunju ke kolam.

‘Oleh itu, saya perlu menggunakan masa 18 jam berikut untuk berehat dan kemudian bersedia untuk perlumbaan esok.’

Rebecca Soni, yang menjalani pembedahan jantung pada 2006, mengejutkan juara dunia, Leisel Jones, untuk memenangi perlumbaan 200 meter kuak dada wanita.

Soni menepis saingan perenang Australia itu untuk mencatat masa 2:20.22 saat – 0.32 saat di luar rekod dunia Jones, yang menduduki tempat kedua dengan masa 2:22.05 saat.

Pingat gangsa dimenangi perenang Norway, Sara Nordenstam, yang mencatat rekod Eropah 2:23.02 saat. — AFP.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: