Phelps Raih Emas Keenam


BEIJING: Perenang Amerika Syarikat, Michael Phelps memenangi pingat emas keenamnya dengan mencipta rekod dunia keenam di Beijing apabila memenangi final 200m rampaian lelaki individu pada temasya Olimpik, semalam.

Bintang berusia 23 tahun itu berada dalam pecutan rekod dunia sepanjang saingan dan mencapai dinding penamat dengan masa satu minit 54.23 saat, memintas 0.57s daripada rekod dunia miliknya sendiri 1:57.80s yang dilakukan pada kelayakan Olimpik Amerika Syarikat di Omaha, 4 Julai lalu.

Phelps sekali lagi gagal disekat untuk berada di depan perenang Hungary, Laszlo Cseh, yang mencatat rekod Eropah 1:56.52s, manakala rakan senegaranya, Ryan Lochte meraih gangsa dengan catatan 1:56.53s.

“Saya hanya mahu memecut pada 50m pertama dan cuba mendahului lebih awal,” kata Phelps.

“Saya tahu jika saya dapat mendahului dengan selesa pada separuh pertama perlumbaan, saya mampu untuk bertahan.”

Kira-kira 30 minit sebelum itu, Lochte memecahkan rekod dunia acara kuak lentang 200m lelaki dengan memenangi emas Olimpik menerusi catatan 1:53.94s.

“Sudah tentu saya mahu menewaskan Michael Phelps, setiap kali saya mencecah air, saya rasa saya boleh menang,” kata Lochte.

“Itu cara saya melatih fikiran saya, tidak kira apa sahaja acara, saya mahu menang.

“Saya mahu melakukannya tetapi ia tidak berlaku. Saya perlu kembali dan melihat tayangan video dan lihat apa yang boleh saya perbaiki.”

Phelps yang menjadi buah mulut di Olimpik Beijing, sudah memenangi 400m rampaian, 200m gaya bebas, 200m kupu-kupu, 4x100m berganti-ganti gaya bebas, 4x200m berganti-ganti bebas dan sekarang, 200m rampaian – semuanya dengan mencipta rekod dunia.

“Apa yang menjadikan Michael perenang terbaik ialah ketahanan, dia boleh berenang banyak acara perlumbaan, saya melihatnya sebagai pencabar yang bagus,” kata Cseh. – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: