Azizulhasni Mara Ke Suku Akhir

JAGUH muda negara, Mohd Azizulhasni Awang berjaya melepasi saingan sengit untuk mara ke saingan suku akhir acara berbasikal 200 meter pecut Sukan Olimpik Beijing, semalam.

Pada pusingan kelayakan di Velodrom Laoshan, Beijing, pelumba berusia 20 tahun itu muncul ketujuh terpantas daripada 18 pelumba dengan catatan masa 10.272 saat.

Bagaimanapun, Azizulhasni dijangka akan menghadapi saingan getir dari pelumba lain di peringkat suku akhir, hari ini kerana terpaksa bersaing dengan juara dunia dan pemenang emas acara keirin, semalam, Chris Hoy dari Britain.

Kecuali Azizulhasni melakukan kejutan ke atas Hoy, dia akan bersaing untuk merebut kedudukan lima hingga ke lapan, esok.

Apapun, pengurus pasukan, Abu Samah Wahab beranggapan pencapaian terpuji Azizulhasni itu cukup hebat dan Malaysia harus bangga dengan pencapaiannya ke suku akhir.

“Kejayaan Azizul layak ke suku akhir tetap boleh dibanggakan. Tambahan, dia menjadi pelumba Asia tunggal layak dalam penyertaan Olimpik buat pertama kali baginya,” katanya.

Pada pusingan pertama, Azizulhasni ditewaskan juara bertahan, Ryan Bayley dari Australia tetapi pelumba dari Dungun, Terengganu itu, kembali dengan mengatasi saingan pelumba Jepun, Tsubasa Kitasuru dan Lukasz Kwitkowaski dari Poland dengan catatan masa 10.959s di peringkat repechage.

Pada pusingan kedua, pelumba Britain Kenny Jason menewaskan Azizulhasni dan memaksa pelumba Malaysia itu kembali ke peringkat repechage.

Walaupun terpaksa melalui empat pusingan, Azizulhasni tidak berputus asa dan berjaya menewaskan Stefan Nimke dari Jerman dan pelumba Itali Roberto Chiappa untuk menang dengan catatan masa 11.010s.

Semalam, Azizulhasni, juara acara pecut dan keirin Asia itu tersingkir dari pusingan kedua acara keirin selepas tersilap taktik.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: