Belanda Gah Benam Australia


BEIJING: Pasukan nombor satu dunia, Belanda, muncul skuad pertama menempah tiket ke separuh akhir acara hoki wanita di Sukan Olimpik Beijing selepas menang 2-1 ke atas Australia, semalam.

Pakar sudut penalti, Maartje Paumen menyumbang gol dalam separuh masa pertama dan kedua bagi mengesahkan kemenangan Belanda selepas Sarah Young meletakkan Australia di depan pada minit ke-17.

Belanda, nekad memadam kekecewaan selepas kecundang kepada Jerman di final Sukan Olimpik Athens 2004, memenangi semua empat perlawanan dalam Kumpulan A setakat ini dan akan menentang Sepanyol pada saingan terakhir liga, esok.

Juara Olimpik tiga kali, Australia, yang berusaha bangkit selepas tercicir ke tangga kelima di Athens, perlu menewaskan pasukan tuan rumah, China, esok, bagi membolehkan mereka ke separuh akhir.

Tewas tipis kepada Belanda itu mengakhiri rekod tanpa kalah Australia dalam saingan 12 negara dengan perolehan sembilan mata.

“Kekalahan itu bukanlah kekesalan besar tetapi tetap kecewa,” kata Sarah. – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: