Chong Wei Perlu Tenang Atasi Tekanan

BEIJING – Usaha untuk kekal tenang dan sentiasa fokus kepada permainan merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh Lee Chong Wei apabila berhadapan pemain pilihan utama dari China, Lin Dan dalam usaha merangkul pingat emas Olimpik pertama negara.

Demikian tegas ketua jurulatih badminton negara, Yap Kim Hock yang pernah beraksi pada perlawanan akhir acara beregu lelaki pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta.

Hari ini, Chong Wei akan menghadapai tentangan Lin Dan pada perlawanan akhir bagi penentuan pingat emas dan perak.

“Atlanta berbeza sama sekali, ia gelanggang yang berkecuali, tapi di sini (Beijing) Chong Wei akan berhadapan dengan pemain tuan rumah Lin Dan.

“Chong Wei perlu terus tenang walau apa pun yang akan berlaku,” katanya.

Menurut Kim Hock, pemain negara itu sudah bertekad untuk melakukan yang terbaik dalam usaha merangkul pingat emas dan apa yang diperlukan kini adalah tahap ketenangan yang tinggi, yang amat diperlukan bagi mengawal perlawanan.

Kim Hock yang sebelum ini berpasangan dengan Cheah Soon Kit kalah kepada pasangan Indonesia, Rexy Mainaky dan Ricky Subagja pada perlawanan akhir di Atlanta untuk memberikan pingat perak pertama Malaysia di Olimpik, dan pada tahun yang sama juga Rashid Sidek memenangi pingat gangsa dalam acara perseorangan.

Dengan kejayaan abang-abangnya Razif dan Jalani merangkul pingat gangsa pada Sukan Olimpik Barcelona 1992, Malaysia sebelum ini hanya pernah memiliki tiga pingat di Sukan Olimpik, sehingga Chong Wei menempah pingat keempat kelmarin.

Hari ini, Chong Wei akan turun untuk menentukan warna apa pingat yang bakal dihadiahkannya kepada negara yang akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-51 pada 31 Ogos ini. – Bernama

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: