Hajat Emas Olimpik Tidak Kesampaian


PINGAT PERTAMA: Lee Chong Wei bersama pingat perak yang dimilikinya selepas tumpas pada perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di tangan pemain China, Lin Dan, malam tadi.

BEIJING: Harapan Malaysia memenangi pingat emas pertama Sukan Olimpik tidak kesampaian apabila pemain utama negara, Lee Chong Wei, tumpas pada perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki, malam tadi.

Chong Wei kecundang kepada pemain nombor satu dunia dan juga pilihan utama dari China, Lin Dan 21-12, 21-8.

Kekalahannya menamatkan pemburuan emas negara pada temasya di Beijing kali ini kerana badminton adalah satu-satunya sukan yang mempunyai harapan cerah untuk misi pencarian itu.

Namun, kemampuan Chong Wei mara ke perlawanan akhir tetap membanggakan kerana ia adalah pingat pertama dimenangi kontinjen negara selepas pulang dengan tangan kosong pada dua temasya sebelumnya, Sydney 2000 dan Athens 2004.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: