Pengalaman Punca Memanah Gagal


JAE-HYUNG (kiri) menenangkan Marbawi ketika beraksi di Beijing baru-baru ini.

HARAPAN yang disandarkan kepada trio memanah negara untuk meraih sebarang kilauan pingat pada Sukan Olimpik XXIX Beijing nyata meleset.

Cheng Chu Sian, Mohd. Marbawi Sulaiman dan Wan Mohd. Khalmizan Wan Abdul Aziz yang melakar seja- rah untuk layak secara merit ke Sukan Olimpik itu jelas belum bersedia untuk bersaing pada peringkat tertinggi seperti Olimpik.

Dalam acara berpasukan, trio negara yang juga pasukan No. 5 dunia gagal melangkah pusingan ke suku akhir apabila tewas kepada Itali dengan keputusan 213-218.

“Mereka masih kurang pengalaman untuk bersaing di temasya besar seperti Sukan Olimpik,” kata jurulatih memanah negara Lee Jae-hyung semalam.

Jae-hyung yang tiba di ibu negara semalam berkata, suasana di Olimpik jelas memang berbeza dan menurut- nya, trio memanah negara menghadapi tekanan hebat apabila baru pertama kali beraksi di temasya itu.

“Mental bukan masalahnya, mereka sudah berjaya mengatasinya, mereka tidak ada sebarang perasaan takut kepada lawan,” kata jurulatih dari Korea Selatan itu.

Pada saingan individu pula Chu Sian sekadar mara ke suku akhir, sementara Marbawi dan Mohd. Khalmizan terkandas pada pusingan pertama.

Chu Sian mengejutkan pemegang rekod Olimpik, Lee Chang-hwan dari Korea Selatan untuk menempah tiket ke suku akhir, tetapi kemudiannya dikecewakan oleh Bair Badenov dari Rusia 109-104.

“Kita tidak boleh menyamakan pengalaman di temasya sukan yang lain seperti Sukan Asia dan Komanwel kerana ia adalah berbeza sama sekali.

“Tiga pemanah negara ini masih muda, berumur antara 21 hingga 25 tahun jadi saya yakin mereka boleh dikekalkan untuk menghadapi Olimpik 2012 di London,” kata Jae-hyung lagi.

Jae-hyung tetap berpuas hati dengan prestasi keseluruhan pemanah- pemanahnya yang memecahkan rekod kebangsaan dengan 1,993 mata dalam acara berpasukan selain Chu Sian yang mara ke suku akhir, menjadi antara 16 pemanah terbaik dunia.

Bagaimanapun, bedah siasat perlu dilakukan oleh Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia berikutan kegagalan tiga pemanah itu menghadir- kan sebarang pingat kepada negara.

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: