Phelps Legenda Sukan Olimpik

Susunan SHAHRIL NIZAM ABDULLAH

AIR matanya yang mengalir ketika lagu kebangsaan Amerika Syarikat berkumandang di Kompleks Renang Water Cube Beijing cukup menjelaskan segala-galanya.

Bagi perenang sensasi Amerika Syarikat, Michael Phelps, suasana di Beijing pada hari kelima temasya Sukan Olimpik XXIX itu adalah sesuatu yang istimewa.

Selepas memenangi pingat emas dalam acara 200 meter kuak kupu-kupu yang juga pingat emas keempatnya pada temasya di Beijing (semuanya dengan catatan rekod baru dunia), hanya satu sahaja perkataan yang mampu menggambarkan betapa hebatnya perenang berusia 23 tahun ini iaitu legenda.

Phelps kini telah memahat namanya dalam sejarah Sukan Olimpik pada Olimpik XXIX apabila menjadi atlet pertama yang telah memenangi lebih sepuluh pingat emas sepanjang penampilan pada temasya tersebut.

“Saya tidak mampu berkata apa-apa. Saya kini telah menjadi atlet Olimpik terhebat sepanjang zaman, ia satu gelaran yang agak mengujakan.

“Ia sememangnya sesuatu gelaran istimewa dan saya pastinya amat menghargainya.

“Mendengar lagu kebangsaan berkumandang dengan pingat emas terkalung di leher, ia suatu perasaan yang menakjubkan,” kata Phelps selepas memenangi pingat emas kesepuluhnya pada hari kelima temasya Olimpik di Beijing Khamis lalu.

Lebih menarik, Phelps juga menjadi atlet pertama yang memenangi lapan pingat emas dalam satu temasya Olimpik dengan mengatasi pencapaian tujuh pingat emas yang dicipta Mark Spitz pada temasya 1972 di Munich.

Jadi siapakah sebenarnya Phelps dan apakah yang menjadikannya sebagai legenda dalam sejarah Sukan Olimpik?

Dilahirkan di Baltimore, Amerika Syarikat, Phelps yang dikenali sebagai Peluru Baltimore pernah mengalami penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder ketika remaja.

Dia menjalani latihan di Kelab Akuatik Baltimore Utara di bawah bimbingan jurulatih Bob Bowman yang kemudian menjadi pembantu jurulatih dalam skuad renang Amerika Syarikat di Athens 2004.

Dia menjadi perenang paling muda Amerika Syarikat yang menyertai temasya Sukan Olimpik ketika mewakili negaranya pada usia 15 tahun.

Ketika itu dia mewakili Amerika dalam acara 200m kuak kupu-kupu pada temasya 2000 di Sydney.

Beberapa bulan kemudian pada usia 15 tahun 9 bulan, dia menjadi perenang muda pertama berjaya mencatat rekod dunia, sekali lagi dalam acara 200m kuak kupu-kupu.

Pingat emas pertamanya dalam Kejuaraan Dunia hadir pada tahun 2001, namun kejayaan terbesarnya ialah pada tahun 2003 di mana Phelps memenangi empat pingat emas dan dua perak pada Kejuaraan Dunia di Barcelona.

Pada temasya Olimpik 2004 di Athens, Phelps meneruskan penguasaannya dengan memenangi enam pingat emas dan dua pingat gangsa.

Dia meneruskan kehebatannya sebagai perenang No. 1 dunia dengan memenangi empat pingat emas dan dua perak pada Kejuaraan Dunia 2005 dan selepas itu, memenangi enam pingat emas pada Kejuaraan Dunia 2007 di Melbourne.

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: