Romero Lakar Sejarah Olimpik

ATLIT Britain, Rebecca Romero mencipta sejarah Sukan Olimpik, semalam apabila menjadi atlit kedua untuk meraih pingat dalam dua sukan berbeza pada temasya musim panas kali ini.

Romero dari England mendominasi saingan final kejar mengejar individu dalam pertembungan semua pelumba British acara berbasikal trek untuk meninggalkan Wendy Houvenaghel dari Ireland Utara untuk meraih perak selepas mencatat masa kemenangan tiga minit, 28.32 saat dalam acara tiga kilometer.

Lesya Kalitovska dari Ukraine menewaskan pelumba New Zealand, Alison Shanks untuk menang gangsa.

Kemenangan Romero adalah emas Olimpik pertama buat Britain dalam acara itu dan ia hadir sehari selepas Bradley Wiggins mempertahankan mahkota kejar mengejar individu dalam acara 4km.

Romero muncul juara lima bulan selepas kejayaan sulung dalam kejohanan dunia, bermakna Britain melakukan catatan hebat empat emas daripada lima yang ditawarkan daripada keseluruhan 10 final.

Pelumba British juga memungut lapan daripada 15 pingat yang ditawarkan setakat ini.

Romero, yang menjuarai pingat perak dalam acara mendayung Olimpik, empat tahun lalu dalam acara quadruple sculls wanita, mengikut jejak langkah Roswitha Krause dari bekas Jerman Timur.

Krause menjuarai perak acara renang pada temasya 1968 di Mexico dari acara berganti 4x100m, kemudian dia memenangi perak dalam acara bola baling pada temasya 1976 di Montreal dan pingat gangsa bola baling di Moscow pada 1980. – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: