Sukan Olimpik: Gay Kecundang Saingan Raja Pecut


TERTINGGAL: Gay (kiri) bersaing rapat dengan Francis Obikwelu dari Portugal (dua dari kiri), Richard Thompson dari Trinidad (dua dari kanan) dan Powell dari Jamaica dalam saingan separuh akhir, malam tadi.

Juara berganda dunia sekadar catat 10.05 saat dalam saingan separuh akhir

PEMEGANG rekod dunia Usain Bolt mara ke final acara 100 meter lelaki di Sukan Olimpik Beijing semalam sambil merakam masa kedua terpantas pada temasya itu di separuh akhir.

Juara berganda dunia, Tyson Gay dari Amerika Syarikat tersingkir, hanya menamatkan saingan di tempat kelima dengan masa 10.05 saat pada separuh akhir kedua yang dimenangi dengan selesa oleh rakan senegara Bolt dari Jamaica, Asafa Powell dengan masa 9.91s.

Bolt mengorak langkah selepas 65 meter untuk menang saingan separuh akhirnya tanpa perlu bersusah payah dengan masa 9.85s, masa di Olimpik yang hanya mampu diatasi oleh pelari Kanada, Donovan Bailey ketika memenangi emas pada temasya 1996 di Atlanta.

Skuad AS hanya akan diwakili pada final lewat semalam oleh Walter Dix dan Darvis Patton, manakala akan ada enam pelari pecut dari Kepulauan Caribbean di final.

Bolt dan Powell akan disertai rakan senegara Michael Frater, pasangan Trinidad and Tobago, Richard Thompson dan Marc Burns, serta Churandy Martina dari Dutch Antilles.

Acara separuh akhir 800m wanita menyaksikan pasangan Kenya, Janeth Jepkosgei dan Pamela Jelimo mara ke final esok.

Pelari veteran Mozambique, Maria Mutola juga menampilkan larian saat akhir untuk layak ke final kelima Olimpik.

Sebelum itu, pejalan kaki Valeriy Borchin mengatasi tentangan bekas juara Jefferson Perez dari Ecuador untuk memberikan Russia emas pertama di Sukan Olimpik Beijing. – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: