Bolt Tekad Lakar Sejarah


BOLT jadi pilihan untuk menjuarai acara 200m.

BEIJING – Jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt bertekad melakar sejarah dengan muncul atlet pertama yang memenangi emas berganda pada Sukan Olimpik sejak legenda Amerika Syarikat, Carl Lewis melakukannya 24 tahun lalu.

Keyakinan Bolt itu disuarakan selepas dia memecahkan rekod dunia acara 100 meter pada Sukan Olimpik XXIX kelmarin untuk meraih pingat emas pertamanya di pentas Olimpik.

Bolt berjaya memukau lebih 90,000 penonton di Stadium Nasional menerusi larian bersahaja sebelum mencatat rekod baru dunia dengan masa 9.69 saat.

Kini, jaguh berusia 21 tahun itu mula yakin dan mahu memberi tumpuan untuk menguasai acara 200m.

“Saya akan cuba sama ada saya boleh menyertai semua acara ini,” jelas Bolt selepas menjuarai acara 100m kelmarin.

“Apa yang saya lihat, saya boleh melakukannya. Jadi, saya akan turut beraksi dalam acara 200m.

“Saya juga tidak begitu bimbang mengenai rekod dunia. Saya hadir ke sini untuk menang dan itu sahaja sasaran saya.”

Untuk rekod, Bolt berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam acara 200m selain tiga kali mencatat masa terpantas sepanjang tahun ini.

Catatan 19.67 saat yang dilakukan Athens bulan lalu adalah catatan kelima terbaik dalam sejarah. Selain itu, dia juga cemerlang dengan catatan 19.76s di London dan 19.83s di Ostrava.

Namun, berdasarkan prestasi terkini, Bolt diramal mampu memecahkan rekod dunia 19.32s milik Michael Johnson yang dilakukan pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta.

Untuk acara ini, Bolt dijangka berdepan cabaran daripada pemenang gangsa 100m dari Amerika, Walter Dix yang berjaya menewaskan juara Olimpik, Shawn Crawford pada Kejohanan Kelayakan Amerika dengan catatan terbaiknya tahun ini ialah 19.69s. – AFP

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: