China Cemerlang Kerana Jurulatih Luar

BEIJING: Ingin tahu kenapa China begitu cemerlang dalam Sukan Olimpik ini?

Jawapannya ialah, negara itu mendapatkan ramai jurulatih negeri luar negeri untuk membantu persiapan para pesertanya.

Demikian pengakuan seorang pegawai kanan China kelmarin.

Cui Dalin, yang menjadi timbalan kontinjen pasukan China berkata seramai 38 jurulatih luar negeri telah membantu pencapaian para peserta negara itu.

‘Terdapat 38 jurulatih luar negeri dari 16 negara dalam kontinjen China dan mereka berkhidmat dalam 17 cabang sukan.

‘Kaedah latihan yang lebih maju membantu para peserta kami meningkatkan tahap persembahan masing-masing.

‘Jurulatih-jurulatih ini memberikan sumbangan besar kepada pencapaian kontinjen China,’ katanya.

Sebagai contoh, China memenangi pingat emas dalam acara pedang bahagian ‘sabre’ lelaki selepas 24 tahun.

Kejayaan itu dicapai oleh Zhong Man selepas mendapat latihan daripada Christian Bauer dari Perancis.

Seorang perenang China, Zhang Lin, juga berjaya memungut pingat perak dalam Sukan Olimpik Beijing.

Beliau mendapat bimbingan daripada jurulatih Australia, Denis Cotterell, sejak 2007. Cotterell ialah bekas jurulatih perenang Grant Hackett.

Sementara itu, China telah menghantar 2,547 jurulatih ke 123 negara sejak 1957 untuk membantu mengembangkan sukan seperti tenis meja, terjun cantik dan badminton. — AFP.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: