Chong Wei Kalah Tanpa Semangat Juang Olimpik

SEBAGAI peminat setia badminton tanah air, tidak dapat digambarkan kekecewaan saya melihat aksi longlai pemain negara, Lee Chong Wei dalam aksi final penentuan pingat emas di Beijing, malam kelmarin.

Segala-galanya serba tidak menjadi buat Chong Wei dan banyak melakukan kesilapan dan salah langkah. Agak menghairankan, pemain China, Lin Dan pula sebaliknya beraksi seolah-olah tiada tekanan langsung pada hal umum mengetahui tekanan sepatutnya di pihak China dan Chong Wei hanya hadir sekadar ‘underdog’.

Menang kalah memang adat permainan, namun jika kalah sekalipun biarlah kekalahan yang bermaruah. Bermain bermati-matian hingga ke titisan peluh terakhir. Agak menyakitkan hati menyaksikan Lin Dan melayan Chong Wei umpama budak belasahan pada hal dunia mengakui Chong Wei adalah pemain nombor dua dalam ranking dunia dan pilihan kedua Olimpik selepas Lin Dan.

Pertemuan yang sepatutnya antara ‘buku dengan ruas’ dan penonton mengharapkan aksi mendebarkan bertukar menjadi perlawanan yang berat sebelah.

Olimpik Beijing kali ini menyaksikan pemain yang layak berada di puncak berjaya mendapatkan takhta masing-masing.

Tidak seperti Olimpik Athens, Greece apabila kebanyakan jagoan dunia kecundang pada peringkat awal, Lin Dan sememangnya berhak dinobatkan sebagai pemegang pingat emas Olimpik Beijing 1908.

Beliau menewaskan pencabar terkuatnya pada ketika ini iaitu Chong Wei.

Chong Wei sendiri mengakui dia tidak mampu mengikut rentak Lin Dan yang terlalu pantas dan menguasai segenap pelosok gelanggang.

Lega juga apabila Chong Wei mula menampakkan kematangannya dengan tidak bersifat keanak-anakan dengan menyalahkan jurulatih sendiri mahupun jurulatih lawan.

Beliau menunjukkan semangat kesukanan sejati dengan mengakui dia sudah melakukan segala-galanya.

Namun dia tidak dapat mengatasi kepantasan dan dominasi gelanggang Lin Dan. Chong Wei baru berusia 26 tahun. Masih banyak masa untuk menebus kekecewaannya.

AZIZAN ALI,

Malim Nawar, Perak.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: