Dementieva Tidak Terbayang Gondol Emas

BEIJING: Elena Dementieva tidak pernah terfikir beliau akan memenangi sebarang pingat dalam Sukan Olimpik Beijing, tidak kira apa jua kilauan warnanya.

Tetapi semalam, pemain Russia itu mengalahkan rakan senegaranya, Dinara Safina, 3-6,7-5,6-3 untuk memenangi pingat emas dalam acara tenis bahagian perseorangan wanita.

Bagaimanapun, kemenangan itu ‘dibantu’ oleh Safina yang telah melakukan 17 kesilapan double-fault sepanjang perlawanan mendebarkan itu.

Tetapi untuk berlaku adil kepada Dementieva, pukulan-pukulannya daripada garisan belakang lebih mantap sehingga menjejas tumpuan Safina.

‘Saya tidak pernah terfikir saya akan memenangi pingat dalam sukan ini – tidak kira sama ada pingat emas, perak ataupun gangsa,’ jelas Dementieva, 26 tahun, selepas kemenangan bersejarah itu.

‘Saya tidak percaya saya telah menjadi juara. Tidak syak, kemenangan ini adalah detik paling bersejarah dalam kerjaya saya. Sudah tentunya, saya tidak akan melupakan detik ini sepanjang hayat saya,’ beliau menambah.

Sebelum ke final, Dementieva menyingkirkan Serena Williams, juara Grand Slam sebanyak lapan kali, di peringkat suku akhir.

Russia terus menguasai acara tenis wanita apabila Vera Zvonareva menewaskan Li Na dari China untuk mengutip pingat gangsa.

Dengan kejayaan ini, Russia menjadi negara pertama untuk memenangi ketiga-tiga pingat yang dipertandingkan dalam acara perseorangan wanita sejak kejayaan Great Britain pada 1908.

Dalam bahagian beregu wanita, pasangan bersaudara, Venus dan Serena Williams dari Amerika Syarikat, mengalahkan Anabel Medina Garrisgues dan Virginia Ruano Pascual dari Sepanyol 6-2,6-0 untuk memungut pingat emas.

Pasangan bersaudara ini juga adalah pemenang pingat emas dalam Sukan Olimpik Sydney tetapi tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Athens empat tahun lalu kerana ketika itu, Serena diganggu masalah kecederaan. — Reuters.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: