Dunga Bersungut Terlalu Banyak Sukarelawan

Jurulatih Brazil tetap serius walaupun pasukannya kalahkan Cameroon
untuk layak ke separuh akhir

SHENYANG (China): Jurulatih Brazil, Dunga, menambahkan satu lagi perkara ke dalam senarai sungutannya.

Sebelum ini, bekas kapten pasukan Piala Dunia Brazil tidak puas hati dengan soal makanan, keadaan padang dan persiapan latihan yang diaturkan untuk pasukannya sepanjang Sukan Olimpik.

Kini, Dunga bersungut dengan kehadiran terlalu ramai sukarelawan untuk pasukan Brazil.

Dunga kelihatan sukar tersenyum sekalipun Brazil mengatasi Cameroon 2-0 untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara bola sepak di sini kelmarin.

Menjelang menentang Argentina dalam peringkat separuh akhir, pasukan Brazil akan menetap di Kampung Sukan dan ini tidak pula menimbulkan sebarang keghairahan kepada bekas pemain midfield itu.

‘Kami harus berada di sana untuk melihat keadaannya,’ jelas Dunga selepas pasukannya memerlukan masa tambahan sebelum mengalahkan Cameroon.

‘Kami tidak akan menghadapi sebarang masalah selagi soal rehat kami dan juga jadual untuk pergi makan tidak diganggu.

‘Kami tidak perlu banyak sukarelawan untuk membantu kami. Yang jelas, terlalu banyak yang hendak membantu kami,’ beliau menjelaskan.

Pihak penganjur telah mendapatkan seramai 100,000 sukarelawan yang bukan sahaja begitu ghairah untuk membantu para peserta malah mereka juga ingin menguji kebolehan masing-masing bertutur dengan para peserta luar negeri.

Ditanya tentang apakah beliau tidak berminat berjumpa dengan para peserta lain, Dunga memberitahu:

‘Barangkali saya ingin berjumpa para peserta dari Brazil.’

Kapten Brazil, Ronaldinho, yang turut menyertai pertandingan ini sebagai salah seorang pemain lebih 23 tahun, dijangka sentiasa menjadi perhatian daripada para peserta negara lain.

Brazil, yang tidak pernah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik, telah berpindah ke Beijing selepas beraksi tiga perlawanan awal di Shenyang.

‘Kami tidak mempunyai banyak masa dan peluang untuk merayau di bandar tersebut,’ jelas Dunga.

Walaupun Dunga mengakui bahawa penduduk Shenyang dianggap peramah, beliau tidak puas hati dengan keadaan padang di Stadium Olimpik Shenyang.

‘Tidak syak, stadiumnya menarik tetapi keadaan padang jauh daripada memuaskan,’ jelas Dunga, yang tidak peduli dengan ejekan para penonton terhadap pasukannya.

‘Kami bermain untuk menang. Sekiranya pasukan lawan berminat bermain secara terbuka maka kami tentunya boleh beraksi lebih menarik lagi,’ hujahnya. — Reuters.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: