Lin Dan Dari China Raih Emas, Kalahkan Pemain Malaysia

BEIJING: Lin Dan dari China menewaskan Lee Chong Wei dari Malaysia 21-12 dan 21-8 lantas memungut pingat emas dalam acara badminton perseorangan lelaki di sini semalam.

Dalam bahagian beregu campuran, pasangan Korea Selatan, Lee Hyojung dan Lee Yongdae, mengalahkan pasangan Indonesia, Liliyana Natsir dan Nova Widianto, 21-11, 21-17.

Sementara itu, sejurus berakhirnya pertarungan skuad badminton Malaysia dalam kejohanan Olimpik Beijing semalam, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak berlengh-lengah lagi menyediakan landasan persediaan bagi mengharungi pula kejohanan Olimpik di London empat tahun dari sekarang.

‘Kami perlu bersiap sedia,’ kata Presiden BAM, Datuk Nadzmi Salleh.

Kecuali pasangan beregu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong, dan mungkin Chong Wei sendiri, pemain lain seperti Choon Hann, Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah mungkin bermain buat kali terakhir pada Olimpik Beijing ini.

Perkara yang perlu diberi perhatian segera oleh BAM ialah berhubung masa depan ketua jurulatih Yap Kim Hock yang kontraknya berakhir hujung tahun ini. Begitu juga dengan nasib jurulatih beregu, Rexy Mainaky, yang kontraknya bakal tamat pertengahan tahun depan.

‘Mereka masih berpeluang. BAM akan berbincang dan bercakap dengan jurulatih terlebih dahulu. Ia akan terbuka dan telus,’ kata Nadzmi.

Banyak spekulasi timbul berhubung masa depan Kim Hock selepas beliau diketepikan daripada mengiringi skuad badminton ke sini.

Beliau terpaksa membeli tiket untuk menyaksikan anak didiknya bermain dari bangku tempat duduk awam.

Nadzmi berkata bahawa Malaysia tidak seperti China yang mempunyai pemain yang ramai, terpaksa memastikan agar ia terus dominan sebagai kuasa badminton dunia.

‘Kami terpaksa memastikan kami tidak kekeringan pemain. Namun kami masih mempunyai ruang untuk meningkat termasuk dalam pengurusan sukan yang secara jujur boleh dikatakan sebagai masih ketinggalan,’ kata beliau.

Ditanya sama ada unsur politik yang menjadi penghalang, Nadzmi menjawab:

‘Akan selalu berlaku politiking tetapi ia mesti dikurangkan di samping tidak mengetepikan objektif sebenar persatuan.’

Badmintonlah yang selama ini memberi empat pingat Olimpik kepada Malaysia sejak acara tersebut diperkenalkan pada Olimpik Barcelona 1992. — Bernama.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: