Nadal Kini Pemain Tenis Nombor Satu Dunia

PARIS: Rafael Nadal dari Sepanyol hari ini mengambil alih sebagai pemain nombor satu dunia daripada Roger Federer yang dipegangnya selama 237 minggu.

Dalam senarai ranking dunia yang dikeluarkan hari ini, Nadal, 22, yang cemerlang memenangi lapan kejohanan termasuk Terbuka Perancis, Wimbledon dan, termasuk pingat emas Olimpik Beijing, semalam.

Federer, 27, pula jatuh tempat kedua, manakala Novak Djokovic dari Serbia tidak berubah di tangga ketiga.

Ditanya perasaannya dinotbatkan pemain nombor satu dunia, Nadal berkata: “Saya sangat gembira menjadi nombor satu. Tapi perasaan tidak banyak berbeza kerana tahun lalu juga saya bermain baik.

“Saya sangat gembira menduduki nombor dua, tapi akhirnya saya jadi pemain nombqr satu juga,” katanya yang akan berada di New York untuk Terbuka Amerika Syarikat, minggu depan.

Senarai terbaru itu juga menyaksikan pemenang perak Olimpik, Fernando Gonzalez dari Chile melonjak empat tempat ke kedudukan ke-11. – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: