Nadal Kini Pemain Utama Dunia

BEIJING: Mulai hari ini, Rafael Nadal dari Sepanyol akan bergelar pemain tenis utama dunia.

Semalam, Nadal mencatatkan detik bersejarah dengan menewaskan Fernando Gonzalez dari Chile 6-3,7-6 (7-2), 6-3 untuk memenangi pingat emas dalam acara tenis perseorangan lelaki Sukan Olimpik Beijing.

Mengulas kejayaannya ini, Nadal, 22 tahun, berkata: ‘Saya ingin menikmati keindahan detik ini kerana persembahan saya sepanjang tahun ini sungguh mengagumkan.

‘Saya sedar bukan mudah untuk menjuarai pertandingan terutama dalam sukan ini.’

Melihat kepada geraf kemajuan Nadal sepanjang 2008, termasuk menjuarai Terbuka Perancis dan pertandingan Wimbledon, tiada siapa yang meragui bahawa pemain Sepanyol itu akan memenangi pingat emas lebih-lebih lagi seterunya dalam final ialah Gonzalez dan bukan Roger Federer dari Switzerland.

Tetapi bagi Gonzalez, 28 tahun, pencapaian ini tetap membanggakan. Sebab dalam Sukan Olimpik Athens empat tahun lalu, beliau memenangi pingat gangsa dalam bahagian perseorangan.

Diletakkan sebagai pilihan kedua, Nadal, yang kini selesa beraksi di pelbagai permukaan gelanggang, termasuk gelanggang rumput, tidak menghadapi masalah meluru ke depan sebelum memenangi set pertama 6-3.

Bagaimanapun kedudukan dalam set kedua agak berbeza. Gonzalez menunjukkan keyakinan untuk mencabar pemain Sepanyol itu sehingga ke tie-break.

Tetapi setakat itu keupayaan Gonzalez. Sebab, Nadal menggunakan pengalamannya dalam pelbagai pertandingan Grand Slam untuk memenangi tie-break 7-2.

Dalam set ketiga, Nadal terus menunjukkan kemampuannya untuk memenangi set tersebut.

Tetapi dalam beberapa ketika, pemain Chile itu masih liat menyerah kalah dengan membuat pukulan-pukulan yang membuat Nadal tersilap langkah.

Namun begitu, sekalipun menghadapi apa juga tekanan, Nadal sukar dilenturkan.

Kesudahannya, Nadal memenangi set itu 6-3 dan menjadi pemain pertama Sepanyol memenangi pingat emas dalam acara tenis.

Dalam perlawanan menentukan tempat pingat gangsa, Novak Djokovic dari Serbia mengalahkan James Blake dari Amerika Syarikat.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: