Pasukan Wanita Brazil Mahu Tebus Kekalahan Di Piala Dunia

BEIJING: Brazil akan menggunakan pertarungannya menentang Jerman dalam peringkat separuh akhir acara bola sepak wanita hari ini untuk menebus kehampaannya dalam final Piala Dunia tahun lalu.

Jerman memenangi perlawanan itu 2-0. Mereka telah menjamin tempat ke separuh akhir acara ini tanpa menerima sebarang gol termasuk seri 0-0 dengan Brazil dalam pusingan kumpulan.

Kedua-dua pasukan mempunyai dorongan kuat bagi melayakkan diri ke final kerana masingmasing tidak pernah memenangi pingat emas dalam acara bola sepak sekali pun dianggap sebagai gergasi bola sepak wanita.

Brazil akan bergantung pada tiga pemain paling berpengaruh, Cristiane, Marta dan Daniela, untuk meruntuhkan tembok pertahanan Jerman yang sejauh ini sukar digegarkan.

Pemenang perlawanan ini akan menentang johan bertahan, Amerika Syarikat ataupun Jepun, dalam final nanti.

Marta yang sejauh ini dihamburkan pujian kerana ketajamannya membuat rembatan berkata:

‘Semua pemain penyerang mempunyai kebolehan membuat rembatan kencang. Menjadi tugas saya untuk membuat rembatan.

‘Tetapi harus diingat tanpa bantuan dan sokongan rakan-rakan yang lain, saya tidak mungkin dapat menjaringkan gol.’

Brazil muncul dalam final Sukan Olimpik Athens pada 2004 tetapi tewas 1-2 di tangan Amerika Syarikat dalam masa tambahan.

Jerman pula memungut pingat gangsa dalam dua sukan lalu termasuk mengalahkan Brazil dalam Sukan Olimpik Sydney 2000.

Kedua-dua pasukan tidak mempunyai masalah kecederaan yang serius tetapi pemain midfield Jerman, Linda Bresonik, terseliuh pergelangan kakinya dalam pertemuan dengan Sweden.

Dalam peringkat separuh akhir kedua, Amerika Syarikat akan menentang Jepun.

Dalam pusingan kumpulan, Amerika mengalahkan Jepun 1-0. Pasukan itu juga menewaskan Jepun 2-1 dalam Sukan Olimpik Athens.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: